Showing posts with label mak nyah. Show all posts
Showing posts with label mak nyah. Show all posts

Wednesday, January 19, 2011

Pengulas Sukan Lelaki, perempuan dan .....

Biasanya bila kita tengok perlawanan Bola Sepak kan..
Telinga kita ini sudah biasa dengan Ulasan daripada pengulas Lelaki..

'Perlawanan kali ini tidak disertai oleh Inzaghi kerana dia mengalami kecederaan di lututnya'
'Ya, Hantaran cantik daripada Nesta. Seedorf, gelecek yang cantik dapat melepasi pertahanan Roma. Oh, permainan yang kasar daripada De Rossi. Borriello, pemain yang dipinjam daripada Ac Milan, adakah dia akan menyumbatkan gol kelabnya sendiri'
 'oh, bola yang cantik daripada Totti, Borriello membawa bola dan sudah mara ke dalam kotak penalti. ya, GOOOOLLLLLLLLLLLL!'

Cuba kalau Pengulas perempuan yang sangat feminin, pengulas ini gila korea...kan sekarang perempuan Malaysia gila Korea...

'Eh, baju Pato nampak terlebih besar atau Pato sudah kurus. Wah, De Rossi rambut baru dan sudah ada jambang. Nampak dah matang sikit'
'Nesta,membawa bola, hantar kepada Seedorf. dan O.M.G, seedorf terjatuh akibat asakan daripada Materazzi. Seedorf kelihatan teruk, dia sedang meraung2, poor him. bad bad Materazzi!'
'Pirlo, yang bakal membuat sepakan sudut. Ibrahimovic sudah menanti di dalam kotak penalti. Oh oh ohhh moooo,  ottoke. Oh Oh, Boateng kembali mara ke dalam kotak penalti dan AAAAAAAAAAAAAAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa(jerit sekuat hati) gol!!!!!!!!!!! yeayyyyyyyyyy Boateng gempak lahhhhh, love u muah muah'

dan Kalau Pengulas Mak Nyah...mestilah kena guna dua orang pengulas mak nyah, baru meriah...
Nong Poy, nyah Thailand (credit)

'Perlawanan di antara Ac Milan dan Roma yang kendu2 gitu. Bahagian penyerang Ac MIlan termasuklah Cassano yang baru sahaja menyertai Ac Milan musim ini. Eh nok,cuba tengok Cassano jalan, memang kamben, hahaha.
'Nyah, kau nak jadi Kak Nam pulak kee'..
'Eh kau dengan helmet kau tuh duduk diam2 ye, ha kan dan terlepas laki kau tadi gelecek bukan main'
'Siapa pulak laki aku'
'Itu ha, si Ikan kembung. hahahah'

p/s: Malam ni nak tengok Khurafat.ngeeeeeeeee. esok kan Thaipussam, Jadi? Selamat menyambut hari Thaipussam kepada sesiapa yang menyambutnya.

kendu=kacak
kamben=jalan tonggek
kak nam=mulut jahat
helmet=rambut palsu
ikan kembung=perut buncit
perkataan ini, untuk mengetahui lebih lanjut, boleh Rujuk SINI dan SINI

Saturday, April 17, 2010

Wah~ dah siap laaaa

ngeeeee...setelah nak hampir setahun jugalah aku buat kerja gila nih..
hahahah....
kenapa aku kata kerja gila??

Gila, sebab aku pergi Lorong Haji Taib..
 credit at sri_merah photo

dan konon2 nak pergi temu ramah 'mak nyah' dan juga pekerja seks di situ...
dapat jugak aku cekup sorang...
Tapi itu hanyalah Pilot Study je..
Kajian yang betul2 aku buat kat Pink Triangle Foundation..
Pejabat tu betul2 dekat dengan Lorong Haji Taib...
hohohooooo...

Lepas dah temu ramah dan dapat data...
satu kerja lagi nak kene analisis data, taip, buat ayat,
waaaaaa pening pening...MySpace
seksa jiwa raga lah jugak...

Bila dah siap, dah Jilid ni ha...tiga buku aku jilid..
nasib baik bukan Sepuluh!...

aku rasa macam tak percaya je,
rasa macam betul ke aku buat nih...
hohohohoooo
hari Isnin dah mahu hantar kat Penyelia dan Pejabat...
kepada kawan-kawan, bayangkan buku berjilid warna hijau harga rm12 nih..
Naikkan semangat siapkan tesis...
sebab bila nak print nanti mungkin akan lagi tension...
bersiap-sedialah, harap2 semuanya berjalan lancar....
MySpace

Tesis ini pasal apa...ada dalam entry ini>>> CLICK HERE

Saturday, April 10, 2010

Homoseksual

okey, sekarang kecoh pasal filem homoseksual(dalam botol) yang sedang mendapat kelulusan tu kan..
sebelum ni dah ada cerita pondan, Sutun 1 dan 2...
(ini semua orang tahu cerita ni kan)
ada jugak filem 'mak nyah', b*** ***...
(yang ini mungkin ramai tak tahu dan saja aku tak nak bagi tahu hahaha)...

dan sekarang cerita HOMOSEKSUAL!!!!..
YEAHHHHH....????!!...
baiklah, jika berdasarkan cerita Sutun dan B*** **** tu,
kedua2 cerita ini menceritakan mengenai kehidupan seorang pondan, dan 'mak nyah'..
okey, kita tahu betapa menderitanya mereka memilih jalan yang mereka nak tu..
Kenapa perlu cerita pasal Penderitaan mereka???..
kalau difikir dari segi perspektif lain lah kan..
daripada hendak membuka mata orang ramai mengenai kehidupan mereka,
bukankah sebenarnya hendak menunjukkan betapa 'padan mukanya' mereka kerana memilih jalan tu...???

aku memang tak tahu filem Homoseksual ni (Dalam botol), jalan ceritanya macam mana..
Kalau kamu semua lah kan, kamu akan buat Filem yang macam mana???..
cerita mengenai penderitaan mereka juga kah??...

Kalau aku lah kan (okey, dah mula berangan nih)
Kenapa tak buat cerita mengenai kejayaan mereka...
permulaan cerita tu dimulakan dengan kejayaan mereka..
(realiti, ada seorang 'mak nyah'  yang berjaya dan jadi doktor, malah pesakit pun tak tahu doktor tu 'mak nyah' okey, sebab cun sangat, kat Malaysia okey)
Tapi, disebalik kejayaan mereka, mesti ada sesuatu yang mereka akan hilang,
yang mereka terpaksa korbankan disebalik kejayaan yang mereka ada...
kehilangan yang utama ialah ketenteraman jiwa...
Lepas tu kan, mesti ada masyarakat yang mencaci gila2 kan..
cacian mereka itu akan memakan balik diri mereka sendiri..
dan bersama 'golongan ini' akan ada seorang yang baik, yang sentiasa bersama mereka..
tidak mencaci, tidak terpengaruh,dan memeliharan dirinya daripada anasir2 jahat,
dan disebabkan kebaikkan ini boleh menjadikan lorong yang gelap itu cerah,
dan pasti akan menunjukkan jalan dengan terang...

OKEY BERHENTI!..habis dah berangan...
(jalan cerita aku tu pun tak boleh pakai tu, sila jangan ikut)
yang aku pasti sangat dan setelah lama memerhati orang sekeliling,
orang Malaysia ni sangat geli dengan homoseksual,
kalau mereka menjangkakan filem ni akan jadi macam Brokeback Mountain..
hmmm, dalam mimpi je lah...sebelum ni dah pernah rugi, takkan nak rugi lagi kottt..

Thursday, March 11, 2010

Mak Nyah

 Nong Poy, cun kan...tapi tetttttttt


Mak Nyah atau Pondan?...

Menurut Teh Yik Koon (2002), terdapat beberapa ciri-ciri Mak Nyah. antaranya :
  1.  Berpakaian seperti perempuan dan mempunyai bentuk badan seperti perempuan
  2. Mereka mempunya nama perempuan mereka yang tersendiri
  3. Mereka lebih selesa menggunakan tandas awam wanita kerana mereka merasakan diri mereka wanita.
  4. Mereka lebih berminat dengan lelaki. 
manakala bagi Pondan, adalah untuk mereka yang HANYA berkelakuan seperti perempuan (Teh Yik Koon 1998)

Pernah dengar Pink Triangle Foundation (PTF)??
Merupakan badan NGO yang membantu 5 komuniti yang dianggap terpinggir daripada masyarakat.
  1. Penghidap HIV/AIDS
  2. Penagih dadah
  3. Pekerja Seks
  4. MakNyah
  5. Men who have sex with Men (aku rasa kalau aku terjemahkan agak pelik, jadi aku kekalkan ahax)
Apakah objektif mereka?
  1. untuk mengurangkan kes jangkitan AIDS/HIV
  2. untuk membantu dan menyokong komuniti yang hidup dengan HIV/AIDS ini menjalani hidup dengan lebih baik.
  3. untuk mengurangkan diskriminasi terhadap komuniti-komuniti ini disebabkan oleh kurangnya pengetahuan masyarakat terhadap golongan ini.
 Untuk keterangan lanjut sila lawati laman web mereka >>>>> PTF

Sebahagian daripada kamu pastinya tidak pernah dengar badan NGO yang ditubuhkan pada tahun 1987 ini.
Aku terpanggil untuk membuat artikel ringkas ini kerana aku 'terdengar' perbualan dua orang pelajar ini,
Mereka ingin membuat kajian ke atas Mak Nyah,
Tapi mereka tidak tahu hendak cari responden di mana,
Meskipun ada di depan mata kita, tapi agak susah hendak beri kerjasama,
kerana mereka orang biasa yang tidak biasa untuk ditemubual.
berbeza dengan Mereka di PTF  ini sudah biasa ditemubual.

Pelbagai Kempen dan Aktiviti yang mereka jalankan,
terutamanya dalam membanteras HIV/AIDS,
sekarang mereka sedang mengadakan Screening test for HIV

Masa
Tuesday: 7.00pm - 9.00pm
Friday: 11.00am - 2.00pm
Saturday: 3.00pm - 5.00pm
Dinasihatkan untuk menghubungi 603-44044611 terlebih dahulu untuk membuat temujanji. berikut merupakan masa-masa yang boleh dipilih untuk ujian ini.

Tuesday: 7.00pm, 7.20pm, 7.40pm, 8.00pm, 8.15pm.
Friday: 11.00am, 11.30am, 12.00pm, 12.30pm, 1.00pm, 1.15pm
Saturday: 3.00pm, 3.20pm, 3.40pm, 4.00pm, 4.15pm.


Sunday, January 10, 2010

kajian lapanganku

oklah, mungkin ramai yang hendak tahu..
pengalamanku menemubual Mak Nyah (istilah ini adalah formal jika dilihat berdasarkan kajian Teh Yik Koon)..

29/11,jam 2 petang,
aku dan rakanku hanya dapat menemubual sebentar,
kerana mereka ada kempen AIDS di Bukit bintang,
meski pun sekejap,
tetapi berguna...
terus-terang aku kata,
aku memang takut apatah lagi aku bukan jenis yang tenang,
tak pernah temu bual orang,
tapi disebabkan mereka ini (staf Pink triangle foundation),
sangat peramah dan baik..
agak hilang juga gugupku...
dan, aku asyik gelak je..
(ye, memang tak profesional haha)

yang bagusnya, mereka tahu tugas aku..
dan mereka tahu apa itu 'slanga'...
malah, mereka sangat berbangga
kerana mereka dari kalangan kelompok yang banyak mencipta perkataan baru,
ya, itu kenyataan...
disebabkan itu, kerjaku agak mudah...

kali kedua pergi, pada minggu yang berikutnya,
pada waktu yang sama...
yang bagusnya tentang mereka,
yang duduk bersamaku hanyalah dua tiga orang,
walaupun ada ramai di situ tetapi mereka ada kerja masing2..
dan mereka tak duduk diam..
asyik ulang-alik...
ketika mereka ulang-alik itu,
mereka sempat memberi perkataan baru kepada aku...
'dik, tahu tak num kurinam tu apa'..
'tak tahulah, apa itu'...
'itu adalah......' (korang nak tahu ke)..
ada banyak lagi, seperti kendu,kamben, bopeng..(korg nk tahu ke maksudnya)...
hohohoooo...

pernah ada seorang pensyarah bertanya padaku
'slanga ialah variasi bahasa yang dituturkan oleh sekumpulan kecil masyarakat dan hanya difahami oleh mereka. penggunaan bahasa slanga ini adalah untuk membezakan kumpulan mereka daripada kumpulan yang lain. tapi kalau bahasa slanga ini dah tersebar ke kelompok yang lain, adakah dipanggil slanga'...

jawapannya...
pernah dengar tak ARGOT...
mula2 penggunaan variasi bahasa yang digunakan HANYA di dalam kumpulan mereka,
dipanggil ARGOT,
tetapi apabila bahasa ini sudah tersebar pada kumpulan yang lain, maka dipanggil SLANGA...jadi SLANGA tetap dipanggil slanga meskipun satu dunia dah tahu..
kerana dengan menggunakan perkataan2 tertentu dari golongan tertentu,
kite akan tahu, perkataan tersebut berasal dari golongan/kumpulan mana...
contohnya, semua pelajar satu malaysia ni akan tahu makna 'budak skema'..
(kalo korg xtahu, mungkin korang zaman lain haha)

ok, berbalik pada kajian lapanganku...
kawanku pernah bertanya mengenai 'adakah mereka menyesal' dan soal keagamaan mereka..
berdasarkan seorang daripada respondenku bercerita mengenai dirinya..
bagi dirinya(dan turut dipersetujui yang lain yang ada disitu)..
bagi mereka, itu adalah diri mereka...
setiap orang ada melakukan kesilapan..
cuma kesilapan yang dilakukan oleh setiap insan berlainan...
maka, kite tak ada hak untuk memberi hukuman pada mereka,
kerana semuanya bergantung pada YANG MAHA ESA...
sebab orang agama lain juga boleh masuk syurga disebabkan memberi penghormatan pada orang Islam yang berpuasa...(maaf,lupa ini kisah yang mana, tapi pernah ustazku bercerita mengenai kisah ini)
kata-kata ini merupakan kesimpulan saya, mengenai prinsip/pandangan mereka..

tapi yang PENTING sekali...
janganlah tunjuk muka jijik atau sisihkan mereka..
mereka manusia juga...
seriously, if someone asked me to do a research about Pengkid, i will do it..
and actually, that was my first thought..i did't do it, only because i did not certain whether they have slang or not, coz it's hard to find them in group...
jadi jika anda berani LAKUKANLAH KAJIAN KE ATAS MEREKA..
sangat menarik sebab mereka kurang diberi pendedahan dari segi bahasa.

oh ye kepada penerbit2 filem..
jika hendak lakukan filem mengenai Mak Nyah,
sila kaji bahasa SLANGA mereka sebelum membuat SKRIP..
sebab mereka marah kerana kebanyakan filem menggunakan bahasa mereka yang salah..
contohnya, mereka tak menggunakan 'tak kuasa Nyah'..

p/s:disebabkan terlupa nak ambil gambar bersama mereka, jadi aku letak gambar model Thailand yang juga Transsexual (Mak Nyah)

Sunday, November 29, 2009

sudah pergi.....

telah pun pergi ke tempat kajian..
malangnya, mereka ada acara kempen AIDS..
jadi, mereka ada persembahan....
dan tak dapat nak interview lama2...
(org yang arrange tu lupe nak bgtau aku ada event dan mereka terlibat)

so, next week pergi balik..
dan mereka sangatttt sporting n nice...
tadi sempat pergi kat tempat kempen tu kat Sg wang..
aku tau ada event hari ini,
tapi tak tau pula dorg terlibat sekali..
ingatkan itu bahagian program yang lain..
hmmm, xapalah pergi je lah next week..
tapi dapat gaklah data skit...

Wednesday, August 5, 2009

26 July

actually i dont know wut kind of method i should use for my tesis..
then...
hmm to get the mood ...
so i did something crazy..
even my bro 'geleng kepala'

i asked him accompany me to lorong Haji Taib..
wahahahahahaha

at 3am in the morning~
then we arrived...
suddenly i get scared..hahahahha..dunno y...
so then i approached them..
n asked them if i can interview them...
they ran away...hahahaha..
suddenly i did't feel scared but weird...hahaha
they thought i JAWI...hahaha..
adei actually my mom already pesan to wear like a tomboy a bit..
but because im toooo sleepy i forgot..haiyaaa...
then i got 1 of them lah..to interview...
but its really hard to get data from him...haiyaaa...
so then ...
have to use plan B!
funny thing abt the interview was..
i asked 'apa ciri2 lelaki idaman'..
then he said 'handsome mcm tuuuuu',he pointed to my bro..
wakakkakakaka perut buncit pun handsome aaaa...

anddddd the moral issssss.... please brush up ur interview skill okeyyy