Showing posts with label nong poy. Show all posts
Showing posts with label nong poy. Show all posts

Wednesday, January 19, 2011

Pengulas Sukan Lelaki, perempuan dan .....

Biasanya bila kita tengok perlawanan Bola Sepak kan..
Telinga kita ini sudah biasa dengan Ulasan daripada pengulas Lelaki..

'Perlawanan kali ini tidak disertai oleh Inzaghi kerana dia mengalami kecederaan di lututnya'
'Ya, Hantaran cantik daripada Nesta. Seedorf, gelecek yang cantik dapat melepasi pertahanan Roma. Oh, permainan yang kasar daripada De Rossi. Borriello, pemain yang dipinjam daripada Ac Milan, adakah dia akan menyumbatkan gol kelabnya sendiri'
 'oh, bola yang cantik daripada Totti, Borriello membawa bola dan sudah mara ke dalam kotak penalti. ya, GOOOOLLLLLLLLLLLL!'

Cuba kalau Pengulas perempuan yang sangat feminin, pengulas ini gila korea...kan sekarang perempuan Malaysia gila Korea...

'Eh, baju Pato nampak terlebih besar atau Pato sudah kurus. Wah, De Rossi rambut baru dan sudah ada jambang. Nampak dah matang sikit'
'Nesta,membawa bola, hantar kepada Seedorf. dan O.M.G, seedorf terjatuh akibat asakan daripada Materazzi. Seedorf kelihatan teruk, dia sedang meraung2, poor him. bad bad Materazzi!'
'Pirlo, yang bakal membuat sepakan sudut. Ibrahimovic sudah menanti di dalam kotak penalti. Oh oh ohhh moooo,  ottoke. Oh Oh, Boateng kembali mara ke dalam kotak penalti dan AAAAAAAAAAAAAAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa(jerit sekuat hati) gol!!!!!!!!!!! yeayyyyyyyyyy Boateng gempak lahhhhh, love u muah muah'

dan Kalau Pengulas Mak Nyah...mestilah kena guna dua orang pengulas mak nyah, baru meriah...
Nong Poy, nyah Thailand (credit)

'Perlawanan di antara Ac Milan dan Roma yang kendu2 gitu. Bahagian penyerang Ac MIlan termasuklah Cassano yang baru sahaja menyertai Ac Milan musim ini. Eh nok,cuba tengok Cassano jalan, memang kamben, hahaha.
'Nyah, kau nak jadi Kak Nam pulak kee'..
'Eh kau dengan helmet kau tuh duduk diam2 ye, ha kan dan terlepas laki kau tadi gelecek bukan main'
'Siapa pulak laki aku'
'Itu ha, si Ikan kembung. hahahah'

p/s: Malam ni nak tengok Khurafat.ngeeeeeeeee. esok kan Thaipussam, Jadi? Selamat menyambut hari Thaipussam kepada sesiapa yang menyambutnya.

kendu=kacak
kamben=jalan tonggek
kak nam=mulut jahat
helmet=rambut palsu
ikan kembung=perut buncit
perkataan ini, untuk mengetahui lebih lanjut, boleh Rujuk SINI dan SINI

Thursday, March 11, 2010

Mak Nyah

 Nong Poy, cun kan...tapi tetttttttt


Mak Nyah atau Pondan?...

Menurut Teh Yik Koon (2002), terdapat beberapa ciri-ciri Mak Nyah. antaranya :
  1.  Berpakaian seperti perempuan dan mempunyai bentuk badan seperti perempuan
  2. Mereka mempunya nama perempuan mereka yang tersendiri
  3. Mereka lebih selesa menggunakan tandas awam wanita kerana mereka merasakan diri mereka wanita.
  4. Mereka lebih berminat dengan lelaki. 
manakala bagi Pondan, adalah untuk mereka yang HANYA berkelakuan seperti perempuan (Teh Yik Koon 1998)

Pernah dengar Pink Triangle Foundation (PTF)??
Merupakan badan NGO yang membantu 5 komuniti yang dianggap terpinggir daripada masyarakat.
  1. Penghidap HIV/AIDS
  2. Penagih dadah
  3. Pekerja Seks
  4. MakNyah
  5. Men who have sex with Men (aku rasa kalau aku terjemahkan agak pelik, jadi aku kekalkan ahax)
Apakah objektif mereka?
  1. untuk mengurangkan kes jangkitan AIDS/HIV
  2. untuk membantu dan menyokong komuniti yang hidup dengan HIV/AIDS ini menjalani hidup dengan lebih baik.
  3. untuk mengurangkan diskriminasi terhadap komuniti-komuniti ini disebabkan oleh kurangnya pengetahuan masyarakat terhadap golongan ini.
 Untuk keterangan lanjut sila lawati laman web mereka >>>>> PTF

Sebahagian daripada kamu pastinya tidak pernah dengar badan NGO yang ditubuhkan pada tahun 1987 ini.
Aku terpanggil untuk membuat artikel ringkas ini kerana aku 'terdengar' perbualan dua orang pelajar ini,
Mereka ingin membuat kajian ke atas Mak Nyah,
Tapi mereka tidak tahu hendak cari responden di mana,
Meskipun ada di depan mata kita, tapi agak susah hendak beri kerjasama,
kerana mereka orang biasa yang tidak biasa untuk ditemubual.
berbeza dengan Mereka di PTF  ini sudah biasa ditemubual.

Pelbagai Kempen dan Aktiviti yang mereka jalankan,
terutamanya dalam membanteras HIV/AIDS,
sekarang mereka sedang mengadakan Screening test for HIV

Masa
Tuesday: 7.00pm - 9.00pm
Friday: 11.00am - 2.00pm
Saturday: 3.00pm - 5.00pm
Dinasihatkan untuk menghubungi 603-44044611 terlebih dahulu untuk membuat temujanji. berikut merupakan masa-masa yang boleh dipilih untuk ujian ini.

Tuesday: 7.00pm, 7.20pm, 7.40pm, 8.00pm, 8.15pm.
Friday: 11.00am, 11.30am, 12.00pm, 12.30pm, 1.00pm, 1.15pm
Saturday: 3.00pm, 3.20pm, 3.40pm, 4.00pm, 4.15pm.