Showing posts with label pink triangle foundation. Show all posts
Showing posts with label pink triangle foundation. Show all posts

Saturday, April 17, 2010

Wah~ dah siap laaaa

ngeeeee...setelah nak hampir setahun jugalah aku buat kerja gila nih..
hahahah....
kenapa aku kata kerja gila??

Gila, sebab aku pergi Lorong Haji Taib..
 credit at sri_merah photo

dan konon2 nak pergi temu ramah 'mak nyah' dan juga pekerja seks di situ...
dapat jugak aku cekup sorang...
Tapi itu hanyalah Pilot Study je..
Kajian yang betul2 aku buat kat Pink Triangle Foundation..
Pejabat tu betul2 dekat dengan Lorong Haji Taib...
hohohooooo...

Lepas dah temu ramah dan dapat data...
satu kerja lagi nak kene analisis data, taip, buat ayat,
waaaaaa pening pening...MySpace
seksa jiwa raga lah jugak...

Bila dah siap, dah Jilid ni ha...tiga buku aku jilid..
nasib baik bukan Sepuluh!...

aku rasa macam tak percaya je,
rasa macam betul ke aku buat nih...
hohohohoooo
hari Isnin dah mahu hantar kat Penyelia dan Pejabat...
kepada kawan-kawan, bayangkan buku berjilid warna hijau harga rm12 nih..
Naikkan semangat siapkan tesis...
sebab bila nak print nanti mungkin akan lagi tension...
bersiap-sedialah, harap2 semuanya berjalan lancar....
MySpace

Tesis ini pasal apa...ada dalam entry ini>>> CLICK HERE

Sunday, January 10, 2010

kajian lapanganku

oklah, mungkin ramai yang hendak tahu..
pengalamanku menemubual Mak Nyah (istilah ini adalah formal jika dilihat berdasarkan kajian Teh Yik Koon)..

29/11,jam 2 petang,
aku dan rakanku hanya dapat menemubual sebentar,
kerana mereka ada kempen AIDS di Bukit bintang,
meski pun sekejap,
tetapi berguna...
terus-terang aku kata,
aku memang takut apatah lagi aku bukan jenis yang tenang,
tak pernah temu bual orang,
tapi disebabkan mereka ini (staf Pink triangle foundation),
sangat peramah dan baik..
agak hilang juga gugupku...
dan, aku asyik gelak je..
(ye, memang tak profesional haha)

yang bagusnya, mereka tahu tugas aku..
dan mereka tahu apa itu 'slanga'...
malah, mereka sangat berbangga
kerana mereka dari kalangan kelompok yang banyak mencipta perkataan baru,
ya, itu kenyataan...
disebabkan itu, kerjaku agak mudah...

kali kedua pergi, pada minggu yang berikutnya,
pada waktu yang sama...
yang bagusnya tentang mereka,
yang duduk bersamaku hanyalah dua tiga orang,
walaupun ada ramai di situ tetapi mereka ada kerja masing2..
dan mereka tak duduk diam..
asyik ulang-alik...
ketika mereka ulang-alik itu,
mereka sempat memberi perkataan baru kepada aku...
'dik, tahu tak num kurinam tu apa'..
'tak tahulah, apa itu'...
'itu adalah......' (korang nak tahu ke)..
ada banyak lagi, seperti kendu,kamben, bopeng..(korg nk tahu ke maksudnya)...
hohohoooo...

pernah ada seorang pensyarah bertanya padaku
'slanga ialah variasi bahasa yang dituturkan oleh sekumpulan kecil masyarakat dan hanya difahami oleh mereka. penggunaan bahasa slanga ini adalah untuk membezakan kumpulan mereka daripada kumpulan yang lain. tapi kalau bahasa slanga ini dah tersebar ke kelompok yang lain, adakah dipanggil slanga'...

jawapannya...
pernah dengar tak ARGOT...
mula2 penggunaan variasi bahasa yang digunakan HANYA di dalam kumpulan mereka,
dipanggil ARGOT,
tetapi apabila bahasa ini sudah tersebar pada kumpulan yang lain, maka dipanggil SLANGA...jadi SLANGA tetap dipanggil slanga meskipun satu dunia dah tahu..
kerana dengan menggunakan perkataan2 tertentu dari golongan tertentu,
kite akan tahu, perkataan tersebut berasal dari golongan/kumpulan mana...
contohnya, semua pelajar satu malaysia ni akan tahu makna 'budak skema'..
(kalo korg xtahu, mungkin korang zaman lain haha)

ok, berbalik pada kajian lapanganku...
kawanku pernah bertanya mengenai 'adakah mereka menyesal' dan soal keagamaan mereka..
berdasarkan seorang daripada respondenku bercerita mengenai dirinya..
bagi dirinya(dan turut dipersetujui yang lain yang ada disitu)..
bagi mereka, itu adalah diri mereka...
setiap orang ada melakukan kesilapan..
cuma kesilapan yang dilakukan oleh setiap insan berlainan...
maka, kite tak ada hak untuk memberi hukuman pada mereka,
kerana semuanya bergantung pada YANG MAHA ESA...
sebab orang agama lain juga boleh masuk syurga disebabkan memberi penghormatan pada orang Islam yang berpuasa...(maaf,lupa ini kisah yang mana, tapi pernah ustazku bercerita mengenai kisah ini)
kata-kata ini merupakan kesimpulan saya, mengenai prinsip/pandangan mereka..

tapi yang PENTING sekali...
janganlah tunjuk muka jijik atau sisihkan mereka..
mereka manusia juga...
seriously, if someone asked me to do a research about Pengkid, i will do it..
and actually, that was my first thought..i did't do it, only because i did not certain whether they have slang or not, coz it's hard to find them in group...
jadi jika anda berani LAKUKANLAH KAJIAN KE ATAS MEREKA..
sangat menarik sebab mereka kurang diberi pendedahan dari segi bahasa.

oh ye kepada penerbit2 filem..
jika hendak lakukan filem mengenai Mak Nyah,
sila kaji bahasa SLANGA mereka sebelum membuat SKRIP..
sebab mereka marah kerana kebanyakan filem menggunakan bahasa mereka yang salah..
contohnya, mereka tak menggunakan 'tak kuasa Nyah'..

p/s:disebabkan terlupa nak ambil gambar bersama mereka, jadi aku letak gambar model Thailand yang juga Transsexual (Mak Nyah)

Sunday, November 29, 2009

sudah pergi.....

telah pun pergi ke tempat kajian..
malangnya, mereka ada acara kempen AIDS..
jadi, mereka ada persembahan....
dan tak dapat nak interview lama2...
(org yang arrange tu lupe nak bgtau aku ada event dan mereka terlibat)

so, next week pergi balik..
dan mereka sangatttt sporting n nice...
tadi sempat pergi kat tempat kempen tu kat Sg wang..
aku tau ada event hari ini,
tapi tak tau pula dorg terlibat sekali..
ingatkan itu bahagian program yang lain..
hmmm, xapalah pergi je lah next week..
tapi dapat gaklah data skit...