Friday, April 30, 2010

Ladies, Coach A please, Gentleman, Coach B please..

semenjak dilanda berita kedukaan pagi semalam.
(Lihat di sini click )
aku terasa malas nak menaip,
walaupun ada idea,
Hari ini baru ada semangat sikit..
(hahahaha macam frust sangat je)

(credit to Istocphoto)

KUALA LUMPUR: Seorang anggota Parlimen hari ini mencadangkan supaya
penumpang lelaki dan wanita yang menggunakan sistem Transit Aliran Ringan (LRT)
diasingkan di dalam gerabak tren berbeza bagi mengelakkan masalah yang boleh
menyebabkan ketidakselesaan penumpang.

Cadangan itu yang dibuat Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) dan disokong penuh
Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) dikemukakan semasa Timbalan Menteri Pengangkutan
Datuk Douglas Uggah Embas menggulung perbahasan usul menjunjung kasih Titah Yang
di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena perasmian sidang Parlimen,
bagi kementeriannya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Mohamad berkata masalah gesel-menggesel antara lelaki dan perempuan sering kali
berlaku khususnya pada waktu puncak, apabila penumpang bersesak-sesak di dalam
gerabak, menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan penumpang itu sendiri.

"Yang bergesel-gesel tu suami orang, isteri orang, jadi mereka minta saya
sampaikan pada Yang Berhormat," katanya.
Chong yang meminta penjelasan daripada Douglas turut menyokong saranan Mohamad
kerana perkara itu juga merupakan satu bentuk gangguan seksual dan membabitkan
maruah khususnya kaum wanita.

(sumber dari www.malaysianbar.org)


Pasti ada yang tahu mengenai hal ini bukan?
dan mereka akan membuat soal selidik daripada orang ramai tidak lama lagi
untuk mengasingkan perempuan dan lelaki di gerabak yang berlainan..

Aku memang tak kisah, memang lagi bagus....KALAU..

  1. Keretapi itu Tiba dengan masa yang cepat. terutamanya waktu puncak.
  2. Sudah mempunyai Gerabak yang Banyak.
  3. Tidak mempunyai masalah sekiranya ada keretapi yang rosak. Iaitu mempunyai backup train.
Cuma aku terfikir lah kan,
Kalau kat Jepun, Keretapi dorang kan mantap...
Gangguan Seksual lagi teruk berlaku di dalam keretapi mereka,
tapi, kenapa mereka tak mengasingkan lelaki dan perempuan?..



sini gerabak lelaki je ye, Hey yang couple  tu, no no nooo...(credit to Google)





6 Masuk GoaLLLL:

Penyapu said...

susah la macam ni. haha

Rina Rossoneri said...

kan kan

Anonymous said...

it makes no sense to just split the guys from the gals..

pawaka19 said...

bayangkan kalau kita ada anak lelaki or pempuan di asing kan macam ni..kalo kene culik cmn? byk masalah timbul nanti

Rina Rossoneri said...

shirleen n pawaka, yang kelakarnya,masa berita ni keluar, dorang temubual lah sikit2 orang ramai, orang ramai tu pon macam kena paksa je jawab 'ye ye rancangan ni bagus' daaaa...

IceCreamLover2009 said...

Org ramai tu kaki bodek la....Ish kalau nak asingkn lagi la lmbt proses perjln dr suatu destinasi ke destinasi lain... Pd halnya tak buat apa2 pon..Luar kereta api lagi byk gangguan seksual berbanding dalam keretapi. Napa la dia prg tak fikir utk selesaikan yg di luar tu...Pernahkah dlm newspaper ada berita mengenai kes gangguan seksual dlm keretapi. Rasanya adapun satu @ dua berbanding yg luar tu byk sampai tak terkira...mmg tak puas ati