Showing posts with label secret garden. Show all posts
Showing posts with label secret garden. Show all posts

Wednesday, March 2, 2011

Big Bang dan Secret garden

Sebelum ini aku pernah cerita pasal Drama Secret Garden bukan?DiSINI
Aku memang tak boleh nak habiskan drama nih,
Sebab tak kena dengan jiwa...haha..
Tapi nampaknya ramai orang suka Drama yang asyik bergaduh tak ada motif nih..
mwahahah..
Di Korea juga drama ini sangat popular,mungkin sebab Hyun Bin juga..

Maka, kumpulan Korea Big Bang telah buat parody drama Secret Garden ini..
Sangat lawak, aku gelak guling-guling..
especially adegan sit-up itu.
TOP jadi heronya,daripada Kim Joo Won jadi Kim JooTop
G-Dragon jadi Gil Ra Im, tukar nama jadi G-Raim
Taeyang jadi bos Gil Ra Im..
Seungri jadi Oska..
Daesung jadi Manager/Mak heronya..

(Aku dah letak Link Baru yang tak akan kena buang, kalaulah.)
Boleh tengok Secret Garden Parody di SINI dan SINI

Dan, Big Bang juga telah keluar lagu baru..
Tonight by Big Bang..



p/s:aku tension intenet lambat gila nak download,masa aku nak buat kerja lah dia buat hal..grrrrrrr

Tuesday, January 4, 2011

beberapa hari dah berlalu dan secret garden

hari ini sudah hari keempat untuk tahun 2011..
Aku punya Blog tak update2..maaf ku pohon, eheeeeeee..
Tak ada mood nak tulis..
Idea ada..tapi itu lah..
sebab Sekor demi Sekor...
Tinggalkan aku...
last2 tinggal Barney sekor je...
Yang sekor mati depan mata aku..
Yang sekor hilang macam tu je..
sekarang Si Barney pun sakit,demam2,batuk2..tapi nampak macam dah okey sikit..

Oh lupa nak bagitau, itu semua kucing aku..
aku malas nak letak gambar Barney..
nanti aku sedih, sian Barney,tinggal dia sekor2 je...
Aku tak masukkan dia dalam sangkar pun,
sebab dia lagi suka dok dalam kotak (mana datang kotak ni entah)...
yelah, adik beradik dia yang lain dah tak ada...pastu....
OKEY Cukup mengarut sampai di sini....
AKu tengoklah satu drama Korea nih..
Secret Garden..mesti ramai dah tahu kan..
Naik gila aku tengok cerita nih..
Plot nampak macam menarik sebab tu aku tengok...
Ala, kisah Lelaki dan Perempuan ni tukar badan..macam citer Freaky Friday tuh..
Tapi rupa2nya drama ini tak fokus pada pertukaran badan itu..
dorang bertukar badan kejap je ponnn...

kisah Lelaki anak orang kaya tahap cipan berlagak gila pastu tak tahu pasal kehidupan orang miskin
(ala macam Domyouji hana yori dango tu)
dan perempuan ni tomboy,seorang stuntwoman hidup miskin..
(ala2 coffee prince lah nih)..
yang paling aku pening, mereka berdua ni asyik gaduh je..
sampaikan aku tak tahu amenda topik pergaduhan dorang...
sebab dorang bergaduh benda yang nonsense,
motifnya nak tunjuk dua2 ni ego tahap melangit...
lepas tu,itu yang bertukar badan..konon nak bagi masing2 faham kehidupan masing2..
Tapi, tak ada gunanya pun bertukar badan tuh..
sebab lepas tu masih bergaduh dan ego tak nak mengaku..
dah suka tu suka je lah..
pastu dengan mak si lelaki ni yang nak bermenantukan orang kaya je
(ala macam dalam hana yori dango gak)..

Drama ni awal2 dah meleret, bermula episode 3 dah meleret..
tak ada motif pun gaduh2 lama2 tuh..
pastu dengan perempuan annoying (mestilah ada kan) dan hubungan dengan sedara hero nih,
kisah dorang ni kalau tak ada pun tak apa...
Okey, senang cerita aku kecewa dengan drama ni ..ahakxxx kecewa
Part lawak memang lawak, tapi itu sahaja yang best bagi aku...
Aku baru nak tengok episode 10, sekarang baru okey kott...
dah habis peringkat meleret..
ala korang macam tak tau drama korea mesti ada meleret2..
tapi drama ni lain sikit meleret2nya awal cerita...

Aku rasa lagi bertambah tension tengok drama nih..hahahah
Hyun Bin, ala pernah berlakon dalam My Lovely Sam Soon tuh,tapi dalam drama tu lagi handsome, dalam Secret Garden ni muka dia cengkung, tapi dimple dia tetap cute eheeeee

itu heroinnya, Ha ji Won (belah kanan ye bukan kiri)

Okey lah nak sambung tengok...
nanti aku bagitau apa ending dia..

p/s:tajuk aku pun pelik
p/s: lupa nak bagitau, the other pictures are from dramacrazy.net