Showing posts with label g dragon. Show all posts
Showing posts with label g dragon. Show all posts

Wednesday, March 2, 2011

Big Bang dan Secret garden

Sebelum ini aku pernah cerita pasal Drama Secret Garden bukan?DiSINI
Aku memang tak boleh nak habiskan drama nih,
Sebab tak kena dengan jiwa...haha..
Tapi nampaknya ramai orang suka Drama yang asyik bergaduh tak ada motif nih..
mwahahah..
Di Korea juga drama ini sangat popular,mungkin sebab Hyun Bin juga..

Maka, kumpulan Korea Big Bang telah buat parody drama Secret Garden ini..
Sangat lawak, aku gelak guling-guling..
especially adegan sit-up itu.
TOP jadi heronya,daripada Kim Joo Won jadi Kim JooTop
G-Dragon jadi Gil Ra Im, tukar nama jadi G-Raim
Taeyang jadi bos Gil Ra Im..
Seungri jadi Oska..
Daesung jadi Manager/Mak heronya..

(Aku dah letak Link Baru yang tak akan kena buang, kalaulah.)
Boleh tengok Secret Garden Parody di SINI dan SINI

Dan, Big Bang juga telah keluar lagu baru..
Tonight by Big Bang..



p/s:aku tension intenet lambat gila nak download,masa aku nak buat kerja lah dia buat hal..grrrrrrr

Monday, January 17, 2011

jangan asyik nak mengusik orang je

apa-apa pun sebelum nak mengusik orang,
silalah pandang kiri kanan atas bawah dahulu..

bermulalah al-kisah~
aku ada satu Ringtone Message yang aku suka,
Tapi annoying bagi telinga kawan2 aku...
dan untuk menambahkan sakit hati kawan2 aku tuh,
lagilah aku nyanyi dengan gediknya Ringtone message aku tuh...
'You're my hack hack hack hack breakerrrrrrrr mei ke mo ja na hei nenggg jiiii'
macam ni ler aku nyanyi, kalau nak dengar yang Real nyanyi tekanlah play di bawah ini...



Sedang kami bertiga (Aku, Tarzan dan Badak) duduk sementara menunggu tunang Badak ambil,
Kami berborak2 lah dulu di tempat menunggu bas/teksi..
Aku dan Tarzan berdiri, manakala kawan aku Badak duduk sebelah mamat sorang tuh..
Tiba2 bunyi Ringtone Telefon bimbit berbunyi...
Kawan aku Badak ni Naik Angin...
'Wei Ina, Boleh tak kau tutup lagu HODOH Kau tuh!!!'..

Lelaki yang duduk di sebelah Badak itu, mengambil telefon bimbit daripada koceknya...
dan 'Hello'..
MySpace 
si Badak errkkkMySpace

Aku dan Tarzan dah lari akibat malu
MySpaceMySpace
Si Badak tergamam, Malu dah tak tahu nak buat apa..MySpace
Dia duduk stay situ elok je sebelah mamat yang sudah jeling2 itu..

Dalam hati dia berdoa agar tunang dia cepat sampai..
 

Saturday, January 15, 2011

Lagu Pelik....Obsession

Lagu2 korea ni aku boleh layan dari kumpulan Big Bang dan 2NE1 sahaja..
Sebab lagu dorang pelik sangat wawawa...
G-Dragon, salah seorang member Big Bang, keluar lagu baru..
Tajuknya Obsession...
muzik disusun oleh G-dragon dan Kush, lirik ditulis oleh G-dragon sendiri



Mula2 dengar lagu ni ternganga jap...
Rock + Techno= gempak lah
(aku hentam je genre lagu ni,ingat aku reti ke? wawawa)

G-Dragon ni, tak kisahlah korang nak komen dia gay ke apa ke..
hahahaha aku pun tak boleh nak cakap apa..
dah memang stail dia pelik..
Dia mengingatkan aku kat penyanyi Jepun, Gackt..
Mamat ni semua orang ingat dia gay, tapi akhirnya kawin gak..

Maksud lirik lagu ni dalam bahasa Inggeris, kalau nak tahu boleh rujuk SINI (click)