Showing posts with label artis korea. Show all posts
Showing posts with label artis korea. Show all posts

Sunday, April 24, 2011

Pemikiran sempit.

Sesiapa minat lagu Korea boleh tercenderung untuk bunuh diri...
Hahahaha..
 Nak baca sila tekan kasi besar. Credit pada FB kawan aku mwaha

Aku tak tahulah nak cakap apa...
Sebenarnya tak patut dikhususkan pada sesetengah muzik dari negara tuh..
Sama saja, tak kiralah muzik US, UK, Hindustan ke..
Dulu kata lagu Hindustan mengkhayalkan..
Sekarang Korea pula..
Senang cerita, satu muzik pun tak elok sebenarnya...
hahaha..
Tapi tak perlulah cakap sampai boleh membawa untuk bunuh diri..
Malah, dalam surat khabar itu pun tertulis..
'Belum ada kes orang bunuh diri sebab artis Korea'..
(hahaha belum ada kes dah dibesar-besakan, baiklah)

Kita ada akal boleh fikir sendiri..
Bukan peminat Korea saja yang habiskan duit mereka ke arah itu..
Aku pun habiskan duit untuk Faizal Tahir...hahah..

Muzik dari US kebanyakan lirik dorang teruk..
Ke arah kehidupan dorang yang penuh gejala sosial..
Tapi tak semua begitu...
Sama seperti di Korea juga..Ada lirik yang sangat teruk..
Tapi masalahnya, bukannya dorang faham pun lirik tuh..
Tak ada terkesan langsung..
Adakah orang di Malaysia memandang rakyat Malaysia sangat bodoh hingga artis kesayangan bunuh diri, mereka pun mahu bunuh diri?..

Kadang-kadang kan, aku rasa macam kenapa isu ini ditimbulkan dengan satu spekulasi yang kelakar?
Ada banyak lagi isu tentang Korea yang mereka boleh isukan dan timbulkan..
Sebenarnya nampak sangat mereka tak kaji betul-betul..
Nak tarik perhatiankah?

Thursday, March 31, 2011

Macam mana nak jadi artis di korea

Sebenarnya aku tak tahulah perlu ke aku buat entry nih..
Tapi, sebab aku tak ada idea...
Jadi, ini saja suka2 okey..
Kebetulan tiba2 ada keyword ini cari dalam blog aku..
(Walaupun sorang je yang cari haha)

Macam mana nak jadi artis di Korea?
hahaha, kalau untuk Non-Muslim boleh lah..

Sebenarnya boleh korang nak jadi artis kat sana..
Sebab, mereka mengalu-alukan kedatangan orang luar tapi bagi yang berbakatlah..
Macam Nickhkhun (Thailand), Sandara 2NE1 (Filipina)..

Tapi, kebiasaannya Penyanyi, kalau Pelakon susah lerr..
Jadi, aku nak cerita Pasal Penyanyi okey..

Pertamanya, 
Mestilah kena ada bakat nyanyian, kalau pandai buat lagu lagi bagus..
Dan juga kena pandai menari..sekurang-kurangnya asas

Kedua,
Setakat pandai nyanyi dan menari, tak ada jaminan..
Kamu kena ada faktor yang lain..
Contoh, pandai bercakap, pandai berlawak, yang penting keyakinan diri..

Ketiga,
Kena lawa dan kacak..
Kamu boleh diterima kalau tak kacak dan tak lawa..Tapi..
Ada kemungkinan kamu kena buat pembedahan plastik JIKA,
CEO syarikat rakaman itu tak suka dengan rupa kamu..

Keempat,
Kamu Kena dan Pasti kena menguasai bahasa Korea..
Kamu mungkin kena jalani latihan sambil belajar bahasa Korea sampai kamu fasih...
Tak faham sangat orang cakap tak apa, asalkan kamu Pandai bercakap..

Kelima,
Sekarang ni, kebanyakan syarikat rakaman buat syarat kena jalani latihan dulu..
Maksudnya kena jadi pelatih dahulu..
Tak dijamin berapa lama kena jadi pelatih dan tak dijamin juga kamu boleh jadi artis..
Semasa tempoh latihan ini, sangat susah, penat, membosankan..sebab benda yang sama setiap hari..
Malah, kamu juga dikawal pergerakan, juga kena pandai berjimat.
Disebabkan itu waktu inilah kamu kena tunjukkan semangat tak putus asa..
Sekali mereka dah nampak kamu macam hilang semangat..
Bila-bila masa saja mereka boleh halau korang..

Keenam,
Macam mana nak hantar demo tape?
Biasanya korang post, hantar kat syarikat itu.. Tapi tidak dijamin diterima..
Seeloknya pastikan demo tape itu betul2 ada di tangan mereka..
Kalau boleh, tunggulah CEO kat luar syarikat itu..
Bagi sendiri kat CEO...mwahaha beraninyaaa..

Sekarang kisah, apabila korang dah jadi Artis di Korea..

Pertama, 
Artis di Korea tak akan lari daripada variety show..
Tak kisahlah variety show apa-apa mereka akan campak korang di situ..
Tapi kebiasaannya ikut korang punya bakat...
Ada juga yang tak dapat nak sesuaikan diri dengan keadaan variety show ini..
Walaupun kita tengok rancangan mereka sangat lawak dan seronok..Tapi sebenarnya,
tak menyeronokkan buat artis baru..
Mereka kena buat bagi penonton ingat mereka jika tidak, tiada tawaran variety show lepas itu..
Sebab itu, korang kena ada pelbagai bakat...
Contoh, ini bakat lazim di sana: Meniru cara/cakap artis lain...

Kedua,
Sebenarnya korang boleh pilih syarikat rakaman yang korang nak..
Tak semestinya jadi pelatih di syarikat itu, kamu akan jadi artis di syarikat itu..
Penting dalam memilih syarikat sebab kamu kena pastikan motif kamu nak jadi artis, sesuai dengan objektif syarikat itu.
Tak semestinya syarikat besar beri kamu kebebasan,
dan tak semestinya syarikat kecil akan layan kamu teruk.
Ini antara Syarikat industri hiburan yang terkenal jugalah.
Kebiasaannya syarikat ini melatih penyanyi dan pelakon.

Syarikat terbesar ialah SM Entertainment.. 
(Super jurnior, SNSD)
- Boleh jadi popular dalam sekelip mata tapi persaingan sengit sebab mereka ada ramai artis.
- Kamu kena selalu masuk variety show, salah satu cara nak cepat popularkan anda..
- Sangat mementingkan kecantikkan luaran.
Kemudian ada syarikat JYP 
(2pm, wonder girls)
- Syarikat tak adalah besar tapi ada cawangan di New York, sesiapa tinggal di New York boleh jadi pelatih di sana.
- Sangat menitik beratkan tarian, terutamanya akrobatik. Aku rasa semua artis syarikat nih boleh buat akrobatik.
- Tak terlalu mementingkan luaran, Tapi, mereka akan berusaha cantikkan kamu. Tak semestinya dengan pembedahan plastik.
Seterusnya, syarikat YG. 
(Big Bang, 2NE1)
- Syarikat ini kecil saja. Artis pun tak ramai. Syarikat ini lebih kepada muzik Hip-hop, R&B.
- Antara syarikat yang tak galakkan artisnya ke variety show, melainkan artisnya mahu.
- Sangat menjaga kebajikan artisnya..
- Mengajar buat lagu.
- Yang penting untuk jadi artis mereka kena ada semangat, tak mudah putus asa.
- Tak mementingkan paras rupa.
- Tapi sangat sukar nak masuk, suara sedap tak menjaminkan apa-apa.
Kebaikan jadi artis di Korea ini,
Mudah terkenal satu dunia,
Industri seni mereka sangat kaya.
Bagi penyanyi, mereka diberi rumah.

Keburukan jadi artis di Korea..
Ya, industri mereka kaya, tapi tak semua artis mereka kaya..
Terutama sekali penyanyi, yang berkumpulan lagi lah..
Pendapatan mereka dibahagi dua, separuh untuk syarikat, separuh untuk kumpulan..
Apabila kumpulan itu dapat duit yang separuh itu, mereka kena bahagi sesama mereka..

Ya, mereka diberi rumah tapi bukan rumah besar ye..
Kalau penyanyi berkumpulan, kadang2 kena kongsi satu bilik ramai-ramai...
Sebab itu mereka kena berusaha keras, apabila mereka terkenal,
mereka akan dapat rumah yang lebih besar..
No income from you, you suffer!

Budaya..
Orang di Malaysia, terkenal dengan sikap berlapik kan..
Kita tak adalah nak kutuk orang itu hodoh dan jadikan bahan gurauan satu dunia tengok..
Tapi bagi mereka itu perkara biasa..
Jadi, jika mereka panggil kamu 'lubang hidung besar macam bab*'', kamu tak boleh marah..
Sebab itu dah jadi lumrah...

Lagu...sangat teruk...
Kamu berbakat, suara kamu gempak indah bak Mariah Carey atau Dato' Siti Nurhaliza..
Tapi anda diberi lagu 'Gee Gee Gee baby baby baby' 'Nobody nobody but you ahaaa'
Kalau kamu tak kisah bakat kamu diperlakukan begitu, dipersilakan..
Tapi tak selama-lamanya kamu akan nyanyi lagu begini..
Tabahkan diri sedikit masa, apabila kamu dah popular, kamu boleh nyanyi lagu kamu nak..
Untuk permulaan, silalah nyanyi lagu 'baby baby baby ah ah ah'...

Kesimpulannya,
Mereka terkenal tak semestinya mereka kaya..
Tempat yang jauh tak semestinya lagi bagus..
Jadi, masih mahu lagi jadi artis di sana?

p/s: Wah, aku rasa macam aku pernah jadi pelatih kat sana pulak..hahahahaahahah..
p/s: All pictures are not mine.
Peringatan,
Ini aku suka-suka buat berdasarkan pemerhatian aku..
Anda kena ingat setiap rancangan yang dibuat di TV mempamerkan kehidupan negara anda..
Jadi ini hasil analisis aku dapat...
Wah, kajian apakah aku buat ini...

Wednesday, December 29, 2010

Meh jadi Pengarah Drama Korea

Baiklah, hari ini entry aku sangat panjang dan penuh dengan gambar..
Aku nak berangan sat...
jadi pengarah drama korea

Bermula dengan Plot cerita...

Hero/Heroin miskin...
ada ibu/bapa yang berhutang dengan Ah Long...
Asyik kena kejar dengan Ah Long....
Berjumpa dengan Hero/Heroin yang kaya..
Gaya berlagak, muka cool  tak boleh bla...
Selalu kena buli dengan Si Berlagak n cool ini...
Oh, dan mesti ada Perempuan Gedik annoying Seksi lagi Hot daripada Heroin...
Lepas Hero dan Heroin ni bersatu bercinta sakan...
Mesti lepas tu dorang akan Bergaduh dan Heronya akan menjerit dengan lantang sampai korang terpaksa perlahankan Volume Tv atau Laptop..
Akhirnya, mestilah berbaik semula, habis!

Adegan Romantis..
Piggyback Ride Wajib ada..
Menyanyikan lagu untuk Heroin/Hero..

Naik basikal/motor sama2..

Backhug ..peluk dari belakang..


Okey Sekarang barisan pelakonnya pula..

Hero Mestilah kena Hot Handsome Macho. Gaya Berlagak.

Oklah, katakanlah Hero tak berapa nak Kacak, Pelakon Pembantunya Mesti kena Kacak..

dan kebiasaannya lebih terkenal seperti dari boyband Korea..

Heroin, Tak semestinya kena lawa, tak lawa pun tak pe,janji kena dengan watak, pandai berlakon..
Muka kena innocent,typical korean face...


Heroin mesti ada kawan, kawan yang bersusah senang dari awal cerita hingga akhir cerita, biasanya kawan ni jadi Pelawak je dalam cerita...Hero punya kawan pulak biasanya kawan tak guna..wawaw

lepas tu Mestilah ada Perempuan Gedik Seksi Annoying dan kadang2 lebih Hot dari heroin..
eh tersesat pulak si Perez ni wawawa korea kan maju,boleh lah pasni dorang amek pelakon gedik pakai seksi ada Laser, kelas tak?picture credit toHafiz


Lagu
Oh Lagu juga jangan lupa yeee,
Lagu memainkan peranan utama dalam drama..
(click pada tajuk lagu untuk mendengar,akan dibawa terus ke Youtube)
Gumiho - Tale of the Fox's Child 
Cinderella's sister - It has to be you
My Girlfriend is a Gumiho

Okey, habis!!!
hehehe inilah drama tipikal korea romantik komedi...
aku lagi suka tengok drama yang plotnya pelik2..
kalau jenis plot sama aku tengok pelakonnya siapa..(kalau hensem on je wawa)
aku lagi banyak tengok drama jepun daripada korea....
beza Drama jepun dan Korea..
Drama Jepun Terlebih Pelik! hahah kadang2 pening kepala aku...

p/s: the other pictures are from crunchyroll.com
p/s: Malaysia Hwaiting!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, November 22, 2010

Skinship...??

Apa itu skinship?...
Hubungan yang melibatkan sentuhan secara fizikal..
Jika di Barat, biasanya di antara lelaki dan perempuan...

Tetapi, di negara tertentu seperti Korea,
Ada juga skinship yang melibatkan sesama jantina,
dan itu bukan bermaksud mereka adalah homoseksual...
Itu perkara biasa bagi mereka..
sebab bagi mereka itu menunjukkan mereka rapat dengan orang tersebut..
skinship sesama jantina ini melibatkan pegang tangan, raba2 sikit, peluk2,...
MySpace
hahahahahah...

Dulu lah kan, masa aku gila dengan J-pop (muzik Jepun)..
Aku tahu ada istilah fan service..
Antara fan service dorang menunjukkan kemesraan terlampau sesama ahli kumpulan..
Aku tak tahulah apa yang seronoknya tengok hubungan intim lelaki dan lelaki ni
(mereka bukan gay)
Kalau mereka yang tengok anime Ouran High School Host CLub mesti faham kan..
Dan Bila aku mula menjejakkan Telinga aku dengan K-pop (muzik korea)
fan service mereka sangatlah melampau..
Serius aku terkejut, kumpulan tu siap ada Sitcom melampau lagi
Click Video Big Bang coffee prince Parody

 taken from wild2day.org.Belongs to watermark stated

sebenarnya ada lagi teruk..
Tapi takut korang muntah je kang...
MySpace


taken from youtube (click)

Mula2 aku ingat itu sekadar fan service sahaja..
Rupa-rupanya memang orang korea macam tuh..
Aku tahu ni pun bila tengok video Nickhkhun..
Dia tu mamat Thailand tapi belajar kat US datang Korea nak jadi artis..
Dia sendiri terkejut bila orang Korea suka peluk2...
 (boleh click video Nickhuhn)

Bayangkan je lah kalau lelaki Melayu yang buat macam ni..
lalalalala...

Jadi ditekankan di sini, mereka bukan gay...
cuma aksi2 mereka sahaja ke arah itu...
dah budaya mereka...
tapi dulu2 pun mereka mana ada macam ni..
bila dah moden je..
sebenarnya benda2 ni boleh merosakkan otak juga...
JANGAN tengok selalu ye...amaran keras ni
nasihat nampak tak ikhlas tapi ikhlas

Thursday, November 11, 2010

Jay Park datang Malaysia

huuuuuuuu lama tak menaip kat blog nih...
Aku pelik lah...
Kenapa laptop sakit, Tuannya pun sakit?
hhahahah...hari tu aku baca kat blog Anna Boleyn ni ha...
Laptop dia kena virus dia pun kena sekali..
Yang paling best lepas tu laptop aku pun 'sakit',
dengan aku2 sekali join the club ....
(ingat kembar apa... manusia+laptop mwahaha)

Ok lah, berbalik pada tajuk BESAR tuh..
Jay Park atau Park Jaebeom akan buat fanmeeting kat Malaysia pada 4hb Dec 2010 ini..
Di Putrajaya (picc)....
(pelik okey buat kat PICC,selalunya kat sekitar2 KL je) 

Yang paling best video yang dibuat oleh Jaebeom ni berkenaan fanmeeting ini lah..
Paling comel bila dia cuba nak sebut 'Kuala lumpur' dengan 'Putrajaya'...
Haih,memang nampak benor dia sememangnya tak familiar langsung dengan Malaysia..
Tak apolah, lepas ni belajar2 lah....


sesiapa yang nak beli tiket tuh,
bolehlah pergi ke Absolutely Pop Resources (click)...
Harap2 tak adalah terjadi macam JYJ datang tu yee...
credit to Jay park twitter

Friday, October 22, 2010

Lagu baru Jay Park (Park Jaebeom)

Ingat lagi tak Park Jaebeom yang dulu anggota kumpulan 2pm itu?..
yang sekarang ni menjadi artis solo....

Dia sudah ada lagu baru...
(sebenarnya dah lama keluar, tapi sebab malas nak update blog macam ni lah)
Ada dua lagu single, iaitu Speechless dan Bestie..
dan boleh dibeli di itunes hanya RM3 lebih je...
atau pun beli di laman webnya www.jaypark.com

Disebabkan dia sekarang bermula dari bawah...
jadi belilah yang original...
MySpace
kalau tak nak dia ni muflis....

credit to www.jaypark.com


sebenarnya aku tak minat muzik ala2 R&B nih..heheh
Tapi disebabkan ada seorang gadis comel dari Filipina ni nyanyi lagu Speechless..
Terus aku suka lagu Speechless nih..
Sorry Jay, she's the one that makes me love this song...
lalalalala..

credit to youtube sabywabbeh

Jom nyanyi lagu Speechless ni sama2
I know it's hard to imagine this
to end up without the kiss
from the one that you have loved for so long

I know it's hard to imagine this
can't live up to havin' kids
knowing that the thought is long gone

I've come to the conclusion
that we are both losin'
what we've come so far to build

And there is no confusion
no gimmick, no illusion
to how sad it makes me feel

Chorus:
I'm speechless
Can't believe it's over now
Why did we take this route
happily never after

I'm speechless
Feelin' far from sober now
I'm gonna be hung over now
'cause nothin' else matters

Should I drink my tears away
There's nothin' left to say
But let's just hope for a better tomorrow

No plan to make a stay
No not another day
Inaudible drownin' in sorrow

I'm speechless  4x
I can't believe I'm still standing
I can't believe cloud nine's landing
Lost grip of love when I thought we had this
Friends or not, we're damaged

We learn to walk and to talk and laugh and cry
Why is it so hard to learn to say goodbye?

I could've sworn I was stronger
I wish I could've had longer

It's time to wake up from the dreams
and make up for the things
I set aside when we were together
but everyone and everything
didn't wanna wait on me
can't expect a sudden change in the weather

Chorus:
Please help me

Nobody can hear me baby
I cannot breathe
I know God may just take me but
I cannot leave

I'm in this way too deep
to swim myself ashore
I need your help

Chorus:
I'm speechless...

Fanmeeting artis korea kelam kabut..

Jika sebelum ini kita pernah mendengar Konsert dibatalkan..
terutama Artis dari Hollywood
(Ala kes RIhanna dulu tu)
Sampaikan Malaysia serik,jadi memutuskan untuk mengumumkan konsert saat akhir...
Bulan ni punya konsert, bulan ni juga baru nak bagitahu....
Kemudian, kisah artis Bollywood yang cerewet..
Tapi sekurang2nya mereka tetap menjalankan konsert..

Kes yang ini paling best...
Beberapa hari yang lepas,
JYJ (Jaejoong,Yoochun,Junsu) tiba di Malaysia untuk mengadakan fanmeeting...
Bermula dari sinilah segalanya bermula dengan haruknya..
Aku takkan cerita dengan lebih terperinci,
sebab bukan aku pergi pun..
boleh baca di blog orang lain untuk lebih terperinci..

Semuanya disebabkan Pihak Pengurusan artis korea JYJ ini (Cjest)...
Pada mulanya Pihak Pengurusan Korea ini bersetuju untuk mengadakan sesi bergambar dan autograf,
selepas habis fanmeeting, sesi ini khas untuk pemegang tiket VIP yang berharga RM800/1000..
Tetapi tiba2 tak mahu pulak...
MySpace
Pihak Pengurusan Malaysia, Redstar, berusaha keras memujuk untuk tidak membatalkan sesi tersebut..
Akhirnya, Pihak Pengurusan Korea ini bersetuju untuk mengadakan sesi bergambar sahaja..
Selain daripada Sesuka Hati dia membatalkan apa yang dipersetujui,
Mereka turut tidak mematuhi cakap Pengurusan Redstar ini..
senang cerita, Kedua-dua pihak ini asyik bergaduh sahaja..
(turut dilihat oleh peminat2)...
Sesi Bergambar yang dijanjikan itu, turut kelam kabut....
kerana Pihak Pengurusan Korea ini hendak balik cepat..
(Alasannya JYJ ada jadual lain)..
MySpace

Jadi, yang menerima nama buruk adalah Redstar,pihak pengurusan Malaysia..
oh ye, bukan pihak pengurusan Malaysia sahaja yang pening kepala dengan pengurusan artis korea ini..
Tetapi Pihak pengurusan Singapore juga..

Terbaru, Syarikat JYJ ini, iaitu SME, memutuskan untuk menukar Pihak pengurusan Redstar bagi konsert Super Junior tahun hadapan...
seolah-olah semua ini adalah salah Redstar..
Sedangkan semuanya bermula dengan permintaan bukan2 daripada Pihak Pengurusan artis korea ini..

Sekarang barulah aku tahu..
kenapa sesetengah artis korea susah hendak maju di negara luar...
Ini baru Artis Korea je..bukannya artis Hollywood pun, tapi Pihak Pengurusan tu treat macam artis dia dah gempak besar sangat, boleh mintak bukan2...
MySpace
Mesti ada di antara kamu yang cakap..
'senang cerita tak payah bawa artis luar buat konsert kat Malaysia'...
Ye, boleh lah menjadi motivasi kepada rakyat Malaysia untuk berusaha keras agar menjadi kaya,
dan boleh tengok konsert kat luar negara..mwahaha..
(Macam Brunei hehehe,mereka mana ada ambil konsert artis luar,semuanya pergi luar negara je)

p/s:kalau hendak tahu lebih lanjut,silalah menjenguk Facebook Redstar Presents