Showing posts with label drama jepun. Show all posts
Showing posts with label drama jepun. Show all posts

Friday, December 16, 2011

Kaseifu No Mita

~Kaseifu no mita des~

Hehe, ini drama Jepun baru yang the best among the best...
Ini memang cerita asli punya, bukan dari anime atau novel...
Korang patut tengoklah cerita nih..
Aku bagi rating 5/5...


Plot 

Kisah sebuah keluarga yang baru saja kematian isteri/ibu...
Disebabkan rumah mereka tak terurus, si Ayah ini upah orang gaji...
Orang gaji ini bernama Mita, sangatlah pelik...
Dia macam robot,...
Minta apa saja diperlukan, dia akan hulur..
Suruh apa saja diperlukan, dia akan buat...(termasuk membunuh)
Dia hanya cakap bila diperlukan saja...
Jadi, siapakah dia sebenarnya?

Yang menariknya drama ini,
Kamu tak akan dapat teka episod seterusnya..
Pengarah drama ini pun tak kasi preview episod seterusnya...
Memang penuh dengan kejutan dan tak terjangka...
Drama ini kisah pasal masalah keluarga lah..
Tapi sangat unik....

Yang paling best Nanako Matsushima (Aku sangat suka dia),...
Dia berlakon memang gempaklah wei....
Walaupun dia berlakon muka tak ada perasaan...
Cuba korang tengok mata dia,
Mata dia sedih bila situasi sedih,
Mata dia marah bila situasi tegang...
Dia sangat pandai bermain dengan mata untuk tunjuk ekspresi...

Drama nih pelakon tak ramai..
Tapi semua gempak...
Dibarisi oleh Nanako Matsushima, Aiba Saki,


Kutsuna Shiroi
Nakagawa Taishi

Aku dengar drama nih dapat sambutan Hangat kat Jepun...
They deserved it!
 
Sekarang baru episod 9,
Kamu boleh tengok di dramacrazy.net.
Enjoy!!

Tuesday, January 18, 2011

Hammer Session...complete!

Disebabkan kelajuan internet tidak memberangsangkan..
al maklumlah sekarang musim sejuk di Malaysia...
Hari ni panas seciput...
Bolehlah menghabiskan drama jepun Hammer Session ini..
Walaupun hanya ada 11 Episode tapi jenuh nak habiskan...

Drama Jepun Hammer Session ni sudah ditayangkan tahun lepas..
Drama ni Sebijik macam cerita GTO...Great Teacher Onizuka..
Tau kan drama jepun tu cukup famous kat Malaysia nih..
Disebabkan persamaan itu aku pun tengok lah...
hehehehe..sebab drama ni lawak tu pasal aku tengok..

Bezanya, Otawa merupakan seorang penipu yang diburu polis..
Meskipun dia Penipu,tapi dia menipu duit orang2 kaya dan bagi pada orang miskin...
ketika melarikan diri daripada polis, Otawa dan seorang lagi penjenayah tiba di sebuah sekolah..
dan mereka ternampak seorang cikgu sedang membakar sekolah..
Mereka berdua cuba menghalang..
Kebetulan pengetua sekolah nampak kejadian tersebut dan membawa mereka ke pejabat Pengetua..
Polis yang mengejar Otawa itu tiba di sekolah tersebut...
Dari situ lah, Pengetua tersebut tahu Otawa adalah Penjenayah penipu...
Tapi pengetua itu tertarik dengan Otawa dan yakin Otawa dapat mengubah sekolah tersebut..
Pengetua itu menipu polis dengan mengatakan dia tidak kenal lelaki tersebut...
Maka, bermulalah misi Otawa menyamar sebagai seorang guru yang bernama Hachisuka...

Seterusnya sila tengok sendiri ya...
Drama ni ada hentai/pervert sikit hahahh..ala macam GTO gak..
Para pelakonnya ialah Hayami Mokomichi
mamat ni pernah berlakon Zettai Kareshi, Gokusen 2.kulit dia gelap kan, ada yang cakap mixed filipina, tapi dia tak mengaku..entah..credit
pastu ada Shida Mirai, budak kecik tu pernah berlakon seigi no mikata dan shokojo seira.
dan heroinnya Higa Manami,walaupun tak secantik Nanako,tapi bolehlah.. credit
Budak2 sekolah lelakinya pun kacak lohhhh..hahahah..

p/s:tak tahu nak tengok cerita apa. try layan Nagareboshi, tak masuk dalam jiwa ah. Dream High pun tak best, kualiti gambar drama tu kureng, low budget apa...lalalalaaaa..ingatkan gempak macam hana yori dango ke...

Wednesday, December 29, 2010

Meh jadi Pengarah Drama Korea

Baiklah, hari ini entry aku sangat panjang dan penuh dengan gambar..
Aku nak berangan sat...
jadi pengarah drama korea

Bermula dengan Plot cerita...

Hero/Heroin miskin...
ada ibu/bapa yang berhutang dengan Ah Long...
Asyik kena kejar dengan Ah Long....
Berjumpa dengan Hero/Heroin yang kaya..
Gaya berlagak, muka cool  tak boleh bla...
Selalu kena buli dengan Si Berlagak n cool ini...
Oh, dan mesti ada Perempuan Gedik annoying Seksi lagi Hot daripada Heroin...
Lepas Hero dan Heroin ni bersatu bercinta sakan...
Mesti lepas tu dorang akan Bergaduh dan Heronya akan menjerit dengan lantang sampai korang terpaksa perlahankan Volume Tv atau Laptop..
Akhirnya, mestilah berbaik semula, habis!

Adegan Romantis..
Piggyback Ride Wajib ada..
Menyanyikan lagu untuk Heroin/Hero..

Naik basikal/motor sama2..

Backhug ..peluk dari belakang..


Okey Sekarang barisan pelakonnya pula..

Hero Mestilah kena Hot Handsome Macho. Gaya Berlagak.

Oklah, katakanlah Hero tak berapa nak Kacak, Pelakon Pembantunya Mesti kena Kacak..

dan kebiasaannya lebih terkenal seperti dari boyband Korea..

Heroin, Tak semestinya kena lawa, tak lawa pun tak pe,janji kena dengan watak, pandai berlakon..
Muka kena innocent,typical korean face...


Heroin mesti ada kawan, kawan yang bersusah senang dari awal cerita hingga akhir cerita, biasanya kawan ni jadi Pelawak je dalam cerita...Hero punya kawan pulak biasanya kawan tak guna..wawaw

lepas tu Mestilah ada Perempuan Gedik Seksi Annoying dan kadang2 lebih Hot dari heroin..
eh tersesat pulak si Perez ni wawawa korea kan maju,boleh lah pasni dorang amek pelakon gedik pakai seksi ada Laser, kelas tak?picture credit toHafiz


Lagu
Oh Lagu juga jangan lupa yeee,
Lagu memainkan peranan utama dalam drama..
(click pada tajuk lagu untuk mendengar,akan dibawa terus ke Youtube)
Gumiho - Tale of the Fox's Child 
Cinderella's sister - It has to be you
My Girlfriend is a Gumiho

Okey, habis!!!
hehehe inilah drama tipikal korea romantik komedi...
aku lagi suka tengok drama yang plotnya pelik2..
kalau jenis plot sama aku tengok pelakonnya siapa..(kalau hensem on je wawa)
aku lagi banyak tengok drama jepun daripada korea....
beza Drama jepun dan Korea..
Drama Jepun Terlebih Pelik! hahah kadang2 pening kepala aku...

p/s: the other pictures are from crunchyroll.com
p/s: Malaysia Hwaiting!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, May 9, 2010

Sepanjang masa Drama niiiii je

Kalau internet tak laju aku tengok drama ni,
Kalau dah tak ada cerita aku tengok drama ni,
Kalau Video lambat loading aku tengok drama ni,
Kalau bilik sunyi, aku tengok drama ni,
Kalau tak boleh dengar radio, aku tengok drama ni...
Kadang2 tu aku bukak je Video drama ni,tapi aku tidur..
asalkan aku dengar suara ...

hahaha, sampai macam tu sekali okey...
itu dah bosan tahap gila..
Selalunya aku buat macam tuh bila kat hostel...
Yelah,aku duduk sorang-sorang, tak ada partner...

Ada Dua Drama yang beratus-ratus kali aku ulang...
dah boleh hafal dialog aku rasa

Hana Yori Dango...
Drama wajib yang semua orang tengok...
heeeee....
Filem cerita ni pun ada,siap ditayangkan kat Malaysia,okeyyy...
Dan aku siap pergi tengok lagi okeyyy...
mwahahahah...
Thankx to Miss badak purple...
walaupun dia tak pernah tengok drama nih,
dan terus teman aku tengok movie, masih boleh gelak lagi walaupun dia tak faham apa2..

Ini lagu daripada Arashi sepanjang cerita Hana Yori Dango...


Drama lagi satu drama Korea...
Ingat senang ke aku nak tengok cerita Korea..
aku hanya tengok kalau best je okey...
You're beautiful....
Tiga mamat hensem ada dalam nih...hohohoooo..
yang pasti mestilah Jang Geun Suk paling hot...

Soundtrack You're beautiful by Lee Hongki


Ketika sebelum sesi bergambar


Antara adegan yang dipotong


sebenarnya sekarang ni aku dah tak tahu nak tengok cerita apa nih...
MySpace

Thursday, May 6, 2010

Aktiviti tengok drama...

AKtiviti Ini khas untuk orang yang tak ada duit nak keluar berjoli...
Untuk orang yang tidak berapa nak bersosial..
dan Untuk orang yang tidak bekerja...
hahahahaahmwahahaah...


Okey, cerita seterusnya yang aku tengok...
Mr Brain...
sebenarnya cerita ni dah lama aku tengok..
tapi aku tengok balik...sebab tiba2 je ada dalam lappy aku..
ngeh ngeh ngehhhhh...

Drama ni dibintangi oleh Takuya Kimura..

mesti semua orang kenal kan....
walaupun umur dah meningkat, masih jadi hero tau..
Tapi yang bestnya dalam drama ni..
watak dia ala2 happy go lucky guy...
ini pertama kali tengok dia berlakon watak macam ni..
biasanya aku tengok dia berlakon watak serius je..

Drama ni kisah mengenai mencari kebenaran dengan melihat otak..
heheheheh...
Biasanya korang pernah dengar mesin alat pengesan si penipu kan..
kali ni boleh dikesan dengan menggunakan melihat otak..
tapi bukanlah kena bedah otak tuh...
Guna Mesin FMRI...
credit (no metal allowed ye)
caranya, dia masukkan penjenayah tu kat mesin nih..

pastu mesin ni scan otak dia..
pastu suruh dia tengok beberapa gambar..
sama ada dia kenal tak gambar2 tuh...
dan Parahippocampal Gyrus si penjenayah ni akan menunjukkan kesannya..

kalau dalam komputer tuh, Parahippocampal Gyrus ni bertukar merah,
maknanya dia pernah tengok gambar tersebut...
kalau si penjenayah ni menipu dia tak pernah tengok gambar tuh,
tapi otak dia menunjukkan sebaliknya, kan dah tertangkap...ngehhhhhhh..

Selain Takuya Kimura, yang berlakon cerita nih...
Mizushima Hiro, dia berlakon budus2, kelakar..

Ayase Haruko, ala2 blur...

Satu lagi yang menariknya,
Drama ni menggunakan ramai pelakon undangan yang best2 untuk episode tertentu..
Siapakah??? Tengok lerr sendiri...

Monday, April 19, 2010

Perempuan...jadi Lelaki??

erk, apa yang korang fikir?...
ini mesti tak lain tak bukan..
Pengkid atau Tomboy..kannnnnn...

tak lah, aku bukan nak cerita pasal tu..
Cuma saja-saja nak letak gambar...
gambar apa kah...
jeng jenggg...hahaha, saje je aku nak panjangkan entry..
okeyyy, kan sekarang ada banyak drama kisah perempuan menyamar jadi lelaki, kan..
memang pun agak tak logik lah, sebab sangat ketara kita boleh kenal pasti kan..
Tapi, boleh juga jadi logik, sebab kalau tengok Jepun, Korea atau Taiwan dan yang sama dengannya..
muka Lelaki dah macam perempuan, sebab buat style ala-ala comel..
kalau dalam Jepun, digelar Lolita style...duh..

lihat lihat ke dalam gambar ini~...
alaahai, membuatkan aku tertanya2 wujud ke lelaki macam ni?..
imaginasi Manga, macam ni ler jadinya...

okey, back to the topic..
yang mana satu kamu rasa, memang best mereka ni berlakon jadi lelaki..
credit stated @watermark
yang mana satukah..
pilihan kamu.....????
ngeeeeeeha