Sesiapa minat lagu Korea boleh tercenderung untuk bunuh diri...
Hahahaha.. Nak baca sila tekan kasi besar. Credit pada FB kawan aku mwaha
Sebenarnya tak patut dikhususkan pada sesetengah muzik dari negara tuh..
Sama saja, tak kiralah muzik US, UK, Hindustan ke..
Dulu kata lagu Hindustan mengkhayalkan..
Sekarang Korea pula..
Senang cerita, satu muzik pun tak elok sebenarnya...
hahaha..
Tapi tak perlulah cakap sampai boleh membawa untuk bunuh diri..
Malah, dalam surat khabar itu pun tertulis..
'Belum ada kes orang bunuh diri sebab artis Korea'..
(hahaha belum ada kes dah dibesar-besakan, baiklah)
Kita ada akal boleh fikir sendiri..
Bukan peminat Korea saja yang habiskan duit mereka ke arah itu..
Aku pun habiskan duit untuk Faizal Tahir...hahah..
Muzik dari US kebanyakan lirik dorang teruk..
Ke arah kehidupan dorang yang penuh gejala sosial..
Tapi tak semua begitu...
Sama seperti di Korea juga..Ada lirik yang sangat teruk..
Tapi masalahnya, bukannya dorang faham pun lirik tuh..
Tak ada terkesan langsung..
Adakah orang di Malaysia memandang rakyat Malaysia sangat bodoh hingga artis kesayangan bunuh diri, mereka pun mahu bunuh diri?..
Kadang-kadang kan, aku rasa macam kenapa isu ini ditimbulkan dengan satu spekulasi yang kelakar?
Ada banyak lagi isu tentang Korea yang mereka boleh isukan dan timbulkan..
Sebenarnya nampak sangat mereka tak kaji betul-betul..
Nak tarik perhatiankah?


