Pada masa yang sama, seseorang sedang tertawa berdekah-dekah sambil memerhatikan tingkah laku mereka berdua di sebalik langsir.
Fariq keluar dari tempat persembunyiannya. Fariq berdehem. Haqim menoleh ke arah suara itu. dia membesarkan sedikit matanya akibat terkejut. Fariq menunjukkan senyuman sinisnya. Mungkin dek penangan Muay Thai daripadanya menghasilkan kegusaran di hati Haqim ketika itu.
"Dia dah jadi tunangan orang. Tak perlulah kau berada kat sini lagi". Haqim merenung tajam ke arah Fariq. Tanpa membuang masa, tanpa perlu dia mengguriskan hatinya lagi, dia mahu beredar daripada rumah Ilya Suhana dengan segera. Keayuan Ilya pada ketika itu sudah tidak mampu lagi merawat hatinya.
"Ilya Suhana, sebelum aku keluar daripada rumah kau ni, aku cuma nak kau tahu. Aku jahat, suka usik kau, guna taktik kotor. Tapi aku bersyukur, dalam hidup aku, aku dapat jumpa Ciptaan Tuhan Yang Maha Agung, betapa cantiknnya ciptaan itu. Mata ciptaanNya buat aku nak usik kau, Mulut CiptaanNya buat aku nak jadi jahat hanya untuk kau, Jelingan kau ditambah dengan alis yang panjang ciptaanNya, buat aku nak tarik perhatian kau. Maafkan aku sebab guna taktik kotor, dan aku tahu, hanya penyesalam dalam diri kau sebab jumpa aku". Haqim segera berlalu pergi. Dia mungkin jahat bagi pandangan Ilya Suhana, tapi kata-katanya tadi itu memang ikhlas dari hatinya yang pernah berbunga bagai taman itu.
Manakala Ilya Suhana, tergamam mendengar kata-kata Haqim itu.
-------------------------------------
"Oi, berangan!", sergah Fariq. Bahu Ilya Suhana terhenjut sedikit dek sergahan Fariq itu. Tawa Fariq meletus melihat wajah Ilya Suhana. Ilya Suhana geram, tetapi dia sekadar mencebik. Kata-kata Haqim itu telah meninggalkan kesan ke atas Ilya Suhana dan mungkin sebab itu dia malas hendak melayan kerenah Fariq. Fariq yang melihat adiknya itu masam dan tidak aktif seperti kebiasaanya, mula mengeluh. Dia duduk di hadapan Ilya Suhana.
"Jangan cakap kau dah termakan dengan kata-kata manis Haqim tu. Buat rugi je kita plan pasal pertunangan kau dengan Afiq tuh". Kali ini Ilya Suhana pula mengeluh. Pertunangan dia dan Afiq hanyalah palsu. Semuanya kerana untuk menghindarkan Haqim daripada mendekati dirinya. Afiq, yang melihat kejadian di rumah pada petang tadi mengatakan dia tidak patut berbuat demikian. Afiq sendiri dapat merasakan Haqim ikhlas. Gurauan kasarnya hanyalah untuk menarik perhatian Ilya Suhana.
"Kau jangan nak mengada-ngada. Dia siap pukul aku lagi". Ilya Suhana merenung wajah abangnya. Baginya, Fariq adalah segala-galanya. Malah, dia akui dia lebih menyanyangi abangnya daripada kedua ibu bapanya sendiri. Fariq sanggup berkorban nyawa untuk Ilya Suhana.
"Fariq, kalau........", Ilya Suhana teragak-agak untuk meneruskan kata-katanya. Fariq menanti.
"Kalau.........."
Hendak mengetahu lebih lanjut mengenai sambungan cerita ini Click Sini