suka pelakon Jepun tidak menjamin apa-apa ye,
suka tengok cerita Jepun pun tidak menjamin apa-apa,
jadi, sebelum anda kene kejutan Bahasa,
meh aku tunjukkan persiapan mental yang kamu kene bersedia awal-awal...
- Tulisan hiragana dan katakana tak ada apa sangat. korang boleh punya. CUMA, tulisan KANJI, bagi mereka yang tahu Mandarin, memang mudah juga lah, tapi bagi kita yang LANGSUNG TAK TAHU ni, memang menderita la kamu. sebab tulisan Kanji ini berdasarkan suku kata BUKAN huruf.
- Tatabahasa!
aku bagi contoh ye, jika kata kerja bahasa Melayu berubah mengikut kelas kata disebabkan penambahan imbuhan, bagaimana dengan Jepun pula ye..lihat perubahan kata kerja ini, masing2 maksud asasnya ialah
'fikir' tetapi berbeza dari segi penggunaan.
kata kerja BM kata kerja B.Jepun
fikir omoi
masu
berfikir omo
tte
memikir
kan omo
u
difikir omo
wanai
pemikir omo
tta
*kedua-dua bahasa ini tidak 'link makna' bersama ye, sekadar menunjukkan perubahan kata kerja sahaja
jikalau kata kerja bahasa Melayu berubah maknanya daripada kata kerja kepada kata nama dan sebagainya (berfikir(kata kerja) => pemikir(kata nama)),
manakala bahasa Jepun pula,
berubah disebabkan penggunaan pada situasi yang tertentu. Tetapi tidak berubah kelas katanya daripada kata kerja kepada yang lain.
Masih juga Kata kerja!.
contohnya
torimasu (ambil)
'watashi wa shashin o torimasu' (saya sedang mengambil gambar)
'shashin o totte kudasai' (tolong ambilkan gambar)
jadi, sudah dapat bayangannya??
ini baru kata kerja, belum lagi
partikel nya...
seperti yang pernah aku post sebelum ini
click
kemudian,
MENGHAFAL amat
PERLU,
malas hafal??
tak payah berangan la nak ambil mana2 bahasa asing pun...
apa-apa pun kalau dah minat,
bila tengok cerita Mamat Jepun yang cute tu pun,
boleh naikkan semangat nak belajar walaupun susah
hahhahaha,
jadi, janganlah risau sangat
p/s: apa yang aku nyatakan di sini berdasarkan
SETAKAT yang aku belajar sahaja,