Adik-adik yang baru lepas ambil keputusan SPM tuh,
mesti ramai tengah menyampah kan..hahaha masa ni ler korang jadi artis..
Asyik kena tanya soalan yang sama je..
Aku memang tak boleh kalau orang asyik soalan yang sama..
(Sebab itu aku tak boleh jadi artis mwahahaha)
Kalau baca blog pun, ramai yang dah bagi nasihat kann...
Cuma satu saja aku nak cakap...
Tak payah fikir sangat pasal keputusan tuh..
Yang penting sebenarnya Pekerjaan dan Duit!
Tak kiralah korang menuntut ilmu kat mana..
Yang penting lepas tu kerja dapat Duit!..
Faham? Yang penting Duit!..
hahahah..
MUngkin ada antara korang bengang sebab keluarga bagi penekanan ke..
Tabahlah sikit diri tuh..
Siapa suruh tak belajar rajin2..
Kalau bab hafal dialog Korea sampai boleh cakap Korea, korang boleh je kan..
Kalau bab hafal nama pemain bola, sejarah Liga Bola, Presiden kelab bola, korang boleh je kan..
Tapi kenapa tak boleh hafal sejarah? Tak boleh lulus bahasa Inggeris?Sebab korang tak minat dan tak berusaha nak minat..
Jadi, sekarang teknologi canggih.
Pergi Google, cari tempat terbaik nak belajar..
Bidang terbaik korang nak belajar...
Adakah masih praktikal lagi tentang,
Tak kisah dapat bidang pelik asalkan masuk Universiti?
Ada sesiapa pakai lagi ke ayat ni?
Okey, sekian saja aku bebel.
Esok-esok aku post yang fun fun pulak.

