Showing posts with label rayyan fantasi. Show all posts
Showing posts with label rayyan fantasi. Show all posts

Friday, January 14, 2011

Fantasi dan Realiti

Bermula dengan mimpi,
Mengharapkan sebuah impian,
untuk menjadi suatu kenyataan..
Tapi, kadang-kadang apabila terlebih mimpi,
ia akan menjadi angan-angan..
angan-angan mat jenin?
yang boleh membuatkan kesan buruk ke atas diri kamu..
yang akhirnya jatuh dari pokok kelapa..

ahaaaaaaaaaaaaa, tiba2 merepek jap..
baru2 ni aku habiskan novel Ramlee Awang Murshid..
(tak kenal??ohhh maknanya kamu bukan peminat novel)...
Aku suka baca novel dia,terasa dekat di hati...eheeeeeeeeee
novel dia mesti kisah antara dunia khayalan dan realiti..
yang kadang2 susah untuk dibezakan oleh sesetengah manusia..
akibat kecelaruan otak, atau tekanan yang dialami...
bila dah masuk dunia khayalan susah nak keluar...
hanya dengan kasih sayang, kaki mereka boleh berpijak kembali ke dunia nyata...
oh hooooooooooo...
atau dalam bahasa mudahnya, Cerita Orang gila..

Sebenarnya aku lagi suka baca novel yang kelakar2...
Tapi, hanya Ahadiat Akashah je yang mampu buat aku gelak guling2...
Aku tak minat baca novel cinta2 jiwang2, sebab aku daripada kecik..
HIdup aku dengan novel..dan aku dah baca bermacam jenis novel..
sejak aku sekolah rendah...
Malangnya sampai ke besar, semua novel cinta2 adalah klise...
sebab tu aku suka baca novel Ramlee Awang Murshid..
lain daripada lain..
memanglah dari segi penulisan dia agak straight forward tak ada puitis2..
tapi apa aku kisah, janji aku suka..
Kalau nak mengharapkan kisah romantik dalam penulisan beliau nih..
Jangan haraplah..novel 'Satu Janji' je yang berkisarkan romantik..
itu pun tak berapa...haha...

credit karangkraf
Rayyan Fantasi,
Novel terbaru daripada Ramlee Awang Murshid..
The Lord of The ring + Twilight + Narnia + Harry Potter...
hohohohohohoooo..itu lah perasaan aku bila baca novel nih..
Aku suka! kakak aku kata dia pening..lol...
Kisahnya, Ibrahim lari daripada negaranya iaitu suatu dunia fantasi yang sukar digambarkan manusia..
Dia berlari bersama anak kecilnya Aiddin,
Mereka berdua tinggal bersama Supinah dan ayahnya yang membantu mereka termasuk dari segi agama..
Akhirnya Ibrahim berkahwin dengan Supinah..
Aiddin sudah dewasa dan belajar di UKM..
(yang ni aku rasa kelakar, sebab dia belajar sama tempat dengan aku, hostel yang sama, siap komen 'makanan kat situ sekadar mengalas perut je' sebab makanan memang tak sedap!hahaha, nasib baik dia tak cerita pasal beruk sekali)
Aiddin tak tahu dia bukan manusia dan ada kuasa...
Jadi bermacam peristiwalah yang jadi...
untuk cerita lanjut sila beli novel ini.....wawawa...

Aku suka masa dia pergi berperang dengan bapak dia..
Pergh, memang terbayang dalam kepala aku The Lord Of the ring..
aku membayangkan Aiddin ni macam Legolas..sebab dia memanah wawawa...

p/s: Nama blog aku ni pengaruh daripada baca novel Ramlee Awang Murshid.hehehe..