Ada banyak jenis bas kat Malaysia nih..
Metrobas, Rapid KL, bas mini
(kat bangi ada lagi tau),
Tapi aku lagi suka naik Rapid KL...
Semua
driver bas mesti bawak Bas Rapid laju gila...
rasa macam naik
Roller Coaster..
(Naik Rapid je, bayar RM1/2 je, membazir duit pergi Sunway lagoon buat apa wawawa)
Tapi, bila tengah tunggu bas, lama jugak..
ye lah, kita kan kekurangan bas..
kalau jalan raya sesak lagi lambat..
Menunggu bas adalah suatu aktiviti yang membosankan..
kadang-kala boleh membuatkan diri menjadi
stress dan marah...
Bila aku dah penat, aku penat nak marah..
Apa aku buat bila tunggu bas?aku layan sekali orang yang menunggu bas tuh..
wawawawawa...
Memanglah sebenarnya agak bahaya lah bercakap dengan orang kita tak kenal...
Tapi aku tawakkal je lah..
AKu pun tak tahu kenapa orang suka tegur aku.
.(muka aku sweet kot waaaawawa)
Kalau kat bas stop ada buaian tak pe gak,cuba teka gambar ni betul ke ada buaian credit
Situasi 1
aku sorang2 je tunggu bas..
TIba2 ada makcik dari Indonesia nih datang tunggu sekali..
Memang lama bas ni kitaorang tunggu..
eh,makcik ni bukan menggerunkan okey, dia sweet kecil molek je.credit
Akhirnya makcik tu pun bosan, makcik tu bercakaplah dengan aku..
Rupa-rupanya dia bukan tunggu bas, tapi tunggu suaminya..
Lepas tu dia tanya nak beli tiket hari ni tak daripada dia,
Dia kata esok boleh jimat belikan tiket untuk anak dia ...
(aku pun belilah dari dia,kebetulan aku memang pegang RM1 masa tuh)
(elakkan membuka beg duit depan orang yang tak dikenali ye kawan2)..
Kemudian, bermulalah kitaorang bercerita..
Kitaorang cerita apa?
cerita kucing, hahahah, dengan
excited nya cerita okey...
bukan main rancak..menceritakan betapa sedihnya kalau kucing kitaorang mati..
Setelah puas menunggu, suami makcik itu pun datang..
(bas aku tak sampai2 lagi, bertuah tak grrrrrr)
Aku pun salamlah makcik tu, ucap selamat hari raya
(masa tu raya lagi)...
Yang ini biasalah kan, kita borak2 dengan orang yang baik..
Sebelum ni aku pernah borak dengan pensyarah UM, dari Iraq..
kat tempat bas je, macam2 jenis orang boleh jumpa..
Aku ada peristiwa
annoying masa tunggu bas..
Lain kali lah aku cerita...Ciao!