Showing posts with label pengangkutan awam. Show all posts
Showing posts with label pengangkutan awam. Show all posts

Saturday, May 1, 2010

Lelaki, Perempuan, Masuklah sama-sama...

ha, masuk mana tuh...

ohh tidak tidak tidak, jangan fikir bukan-bukan okey,
blog ini suci lagi...hohohohooooo

merujuk pada entry aku yang lepas, click
Lelaki dan perempuan mungkin dipisahkan semasa menaiki Keretapi...
Kini, terbaru, Datuk Seri Ong Tee Kiat tidak bercadang nak berbuat demikian..
sila rujuk ini. click Tiada cadangan wujudkan gerabak wanita pada sistem LRT: Tee Keat

LRT (bukan KTMB), bakal menambah 26 gerabak menjelang 2011...
berikutan pengguna ke lalulan Kelana Jaya semakin bertambah...


Rasa kelakar pun ada,
sebab keretapi yang sepatutnya menambahkan gerabak,
dan mengurangkan masa menunggu pengguna, tidak pantas berbuat demikian...
sebaliknya memikirkan hal lain pula,
sedangkan perkara2 sebegini lebih utama...
hmmmm

Tuesday, April 20, 2010

Peristiwa dalam bas

Tahu tak bas mini tu macam mana?..
 credit stated @ mark
kecik comel, sangat laju, tak ada air-cond, pintu tingkap semua terbuka, kannn..
hahaha..
kat tempat aku belajar ni, ada perkhidmatan bas yang disediakan..
tapi tak semua bentuk bas tu sama..
ada yang besar macam bas persiaran, ada yang kecik macam bas mini..

sekarang, aku nak cerita kisah aku dan bas ala2 bas mini nih..
masa tu aku tengah tunggu kat tempat bas,
aku nak balik rumah, biasalah tiap2 minggu balik rumah..
(jangan jeles, ngeeeeeeeeee)
Biasanya aku bawa dua beg, satu beg sandang satu beg sederhana besar aku pegang..

Pada masa tu, tangan kanan aku pegang handphone,
tangan kiri aku pegang Mp3, dan aku kepit beg aku..
Aku tengah terkial2 nak pasang earphone...
Tiba-tiba aku nampak lah ala2 bas mini dah datang pulak..
awallah pulak dia sampai, aku pun kelam-kabut lah nak simpan Mp3,
nak simpan handphone lagi, dengan beg yang aku pegang lagi..
tapi malangnya tak sempat nak simpan semua tuh,
aku pun terus naik je lah, aku fikir bila ada dalam bas baru aku nak simpan..
Tapi malangnya, bas tu penuh, okey, dah la kecik..
dan aku kene berdiri betul-betul depan pintu yang tak ditutup tuh,

korang bayangkan, bas tu laju....lepas tu berdiri depan pintu...
pintu tu terbukak, kedudukan korang pulak agak tak stabil..
dahlah, memang kita ni tak stabil...dengan barang yang penuh kat tangan tuh...
Tengah aku kelam-kabut tu kan...aku nak jugaklah simpan barang nih,
dua-dua tangan aku tak pegang apa-apa tempat pemegang lah, dah dok simpan barang...

tiba-tiba pulak, bas ni boleh nak berhenti mengejut kan, biasalah bas..
tangan aku secara refleksnya, peganglah tempat pemegang tuh,
dan Dengan TIDAK sengajanya, aku telah terpegang tangan seorang lelaki....
...................................................................................................................
okey...........................................................................................................
dan lelaki itu agak handsome, Cina Mixed.............................................
aku tak tahu nak cakap apa...................................................................
dan budak lelaki tu sama hostel/kolej dengan aku................................
dan aku selalu jumpa budak lelaki tu, rasanya dia junior aku............
dan setiap kali itulah, aku teringat peristiwa ni, dan mesti aku melarikan diri...............
harap-harap dia tak cam muka aku ni...........
I am Not A pervert okeyyyyyyyyyyy

sekian... 

Wednesday, April 14, 2010

Peristiwa dalam keretapi 2

Kalau hari minggu, mesti budak2 U dan budak2 sekolah berduyun tiba~..
pergi ke shopping complex kan..
Maka, aku dan kawan2 satu kos aku pun termasuk juga dalam kumpulan...
pergi Enjoy...MySpace
mwahahahahahah...

Kami pergi Berkaraoke di The Gardens sebelah Mid valley...selama 4 JAM 15 Minit! hahahahah...
MySpace
Itu pun kitaorang mintak bil terus padahal tak habis lagi..
kami ingatkan 3 jam je...tapi karaoke tu tak nak habis2...
Pekerja tu cakap, 'u keep continue je' hahahah...
aku tak tahulah nak sambung sampai bila...
Tapi memang best gila wa cakap lu....
sebab Miss Kueyteow ni selama 4 Jam 15 Minit ni tak RETI PENAT...
sekarang baru aku faham macam mana artis boleh nyanyi buat konsert dengan lamanya..
MySpace

Lepas dah Melalak tu kan,
tibalah masa untuk kami pergi balik ke tempat Ulu Kediaman Monyet itu...
MySpace
setiba di Komuter...Macam biasalah kalau waktu petang kan..
Mestilah ramai manusia2 yang dah dapat kesedaran diri nak balik rumah..
Makanya, bila Komuter sampai, Kami pun menyelit2 lah masuk...
NASIB BAIK DAPAT MASUK....
Tapi...sepadat2nya lah dalam tu kan..
(macam biasa)
dan seperti biasa juga, tiada tempat untuk pegang...
Maka, kami jadikan Miss Kueyteow nih Tempat Pemegang...
(sebab dia maintain boleh berdiri tanpa jatuh, gempak kan, diri dia pun memang macam tiang, hahahahah)

Sedang Kami bersesak-sesak tu kan..
tiba-tiba nampaklah satu pasangan kekasih ini,
nampak macam budak2...awek dia Comelllll sangat, lelakinya boleh lah comel juga...
TAPI...sekarang kan tengah ramai2 orang bersesak berpadat kan...
budak couple nih, boleh main GIGIT-GIGIT pulak...
main NGAUM-NGAUM pulak...
main GESEL-GESEL HIDUNG pulak....
hahahahahhaha...
aku dan Miss Kueyteow apa lagi kan..
kitaorang pun BERNGAUM2 la dan eh tidak bergesel hidung dan bergigit2 okey,
TAK KUASA NOK...hahahahhaha
lepas tu, Awek nih, perasan kitaorang ajuk dorang berdua tuh,
dia pun berhenti buat aksi2 tuh...
Tahu pun Kau MALU...

haish, kat dalam Komuter tu tengah ramai2 manusia tuh,
boleh pulak nak buat aksi-aksi terancam tuh..
aku tak tahu lah nak cakap apa...

Tuesday, April 13, 2010

Peristiwa dalam keretapi 1



Kalau aku keluar berjalan-jalan,
biasanya aku menggunakan pengangkutan awam
(biasalah orang tak reti bawak kete atau motor, macam ni ler)
pengangkutan awam yang biasa aku gunakan ialah keretapi...
LRT Putra, Star, Monorail, Komuter, tak kira lah...

Tapi yang tak bestnya, bila waktu Puncak tuh,
pergh, ramai orang tak terkira dah macam sandwich yang disumbat salad,tomato, cheese, ham..ok dah!
Masa dulu-dulu lah, waktu tu aku Tingkatan 5 kot..
aku pergilah KLCC sebab ada date,
pastu balik dalam pukul 5 lebih...
dan masa nak tunggu LRT Putra tu pun dah macam sardin...
memang nak masuk pun tak boleh..
(dulu-dulu orang2 KLCC tak reti beratur, sekarang dah pandai sebab ada palang dan pak guard)
Kebetulan, ada lah sorang brother nih, borak-boraklah kejap dengan dia..(dia yang ajak borak)
pastu tiba-tiba dia cakap..
'awak telah menyumbang 0.01% pada kepadatan LRT nih'...
baikkk je dia perli aku, ye lah tau lah dia tu dah bekerja, baru balik kerja,
tapi LRT Putra tu bukan untuk orang yang Bekerja je ye,
Kegunaan Umum untuk SEMUA....
memang agak membara jiwa raga lah jugak masa tuh
(tapi sebab aku 'penyabar' kannn, aku 'cool'~ je)..
Selang beberapa minit, berjayalah kami berdua masuk ke dalam LRT tuh...

Hendak dijadikan cerita lah kan..
disebabkan dalam LRT tu sepenuh2 umat..
aku tak ada tiang atau tali atau penyangkut untuk aku pegang...
aku ni dah la jenis tak stabil..hahahaha..
brother tadi tu ada kat sebelah aku...
dia dapat pegang tiang, tapi aku tak...
Tiba-tiba, LRT tu dah sampai ke destinasi seterusnya dan berhenti..
faham-faham je lah LRT kalau berhenti boleh buat kita tergolek dok kalau tak pegang apa2..
MySpace
Maka, disebabkan aku tak pegang apa2...
aku pun nak terjatuhlah..
dan yang paling bestnya,
tangan kiri aku siap tarik beg mamat mana entah kat sebelah aku tuh..
pastu tangan lagi satu ni terpegang lah lengan brother  nih...
aiseyyyyyyyyyyy, dah la perli aku tadi, pastu aku nak jatuh plak..
masa tu memang malu gila tahap cipan..
sampai aku tak pandang muka brother tu langsung..
MySpace

sekarang ni sebab dah lama kan benda ni,
jadi aku dah rasa tak malu,
tu sebab aku cerita...hohohoooo...

aku tak tahu kenapa aku selalu malang dalam pengangkutan awam..
bersambung~