Showing posts with label khurafat. Show all posts
Showing posts with label khurafat. Show all posts

Friday, January 21, 2011

Rasa nak sakit jantung lepas tengok nih..

Tengok cerita apa lagi...
Khurafat lerrr...
Filem ni memang fokus untuk Seram dan menakutkan penonton..


Kisah sepasang suami isteri,Johan(syamsul) dan Aishah(liyana Jasmay) yang sering diganggu dengan makhluk halus ini...
Anna, bekas kekasih Johan sering mengganggu Johan kerana dia tidak dapat menerima kenyataan,
Johan telah meninggalkan dia dan berkahwin dengan Aishah...
Perilaku Anna itu menyebab Johan merasakan, mungkin Anna yang menghantar 'benda-benda' itu..
Betulkah?...sila tengok sendiri..

Komen aku..

Filem ini terlampau menekankan eleman seram, sehingga lupa pada Plot cerita yang hambar, Skrip yang hambar sehingga watak tidak berkembang dengan baik.
terdapat adegan tidak logik sehingga satu panggung gelakkan adegan tersebut. Antaranya, waktu malam, dalam hospital, dalam bilik pejabat, boleh pulak pasang lampu meja je.
Ok,ini bukan salah filem ini, kerana terdapat budak2 dalam wayang tuh yang jenis suka buat bising, buat lawak sampai satu panggung dengar. Aku asyik gelak je, nasib baik korang buat lawak masa cerita ni, cuba kalau cerita Harry POtter, memang ada yang kena maki. Ada ke patut, masa tengah sunyi2 seram2, dia boleh terkejutkan kawan dia, kawan dia melatah 'Oh B*** Kau', satu Panggung gelakkan dia.
Tak pernah aku tengok cerita hantu, dia kendong mayat berkapan, sakit jantung aku tengok haha
Yang pasti disebabkan budak2 ni dok menjerit..
Lagi bertambah Sakit jantung aku dengar,
dengan sound effect terlebih kuatnya..

 p/s: pictures credit to google, sorry accidently closed the tab, forgot the link.
p/s: Syamsul, mengarah je lah, tak payahlah berlakon, Liyana Jasmay tu berlakon punyalah elok, nampak beza dengan Syamsul. wawawa
p/s: cik tom, Blockquote dah jadi, weeee

Kesimpulannnya :DIsebabkan ramai yang tanya
Seram + Menakutkan =5/5
Plot cerita = 2/5