Showing posts with label doraemon. Show all posts
Showing posts with label doraemon. Show all posts

Monday, April 4, 2011

Nobita and The Green Giant Legend

Siapa yang tak pernah minat Doraemon kan..
Semua suka Doraemon, sebab anime Doraemon ni ada Pengajaran di sebalik ceritanya..
Bukan sekadar imaginasi yang tinggi...
Aku sampai sekarang suka Doraemon, setiap kali keluar kat Channel 611, Aku mesti Teruja..
Mwahaha..Cuma sekarang tak beli komik je..
Adik aku dulu, Sebelum dia mencapai Usia Keayuan..
Setiap kali pergi ke Kedai VCD, aku dan kakak aku pergi cari CD Lagu,
Yang Adik aku pergi cari CD Doraemon..
Senang cerita setiap Kali masuk kedai VCD, setiap kali itulah beli CD Doraemon..
Jadi, bayangkanlah berapa banyaknya CD Doraemon...
Malangnya CD itu semua hancur dah...

Aku ingatkan apabila Adik Aku dah meningkat mencapai Usia Keayuan nih,
Semangat Doraemon dia dah hilanglah kan..
Rupa-rupanya Semangat Doraemon tak pernah luntur..Kan aku dah cakap, Sekali Doraemon dah masuk...
Pintu Suka hati pun tak dapat bantu Doraemon keluar dari badan korang...
(Aku dah mengarut kan)

Baiklah, sempena Hari ini, Iaitu hari Adik aku mencapai Usia Keayuan..(20 tahun yoooo)
Happy Birthday Adikku...
(Tak boleh letak gambar sebab adik aku cun kalah Fatin Liyana haha)
(Kalau Adik aku baca mesti dia mencarut, aippp tak baik mencarut)
(Tapi sebenarnya aku pernah je letak gambar dia, cuma korang kena cari sendiri)

Baiklah, disebabkan itu aku nak Review Filem Doraemon ini..
Sebab cerita ini dia yang ambil dari mana entah, pastu aku pun ambil dari dia..
Filem Nobita and The Green Giant Legend di keluarkan pada 2008...
Kali ini, filem ini membawa tema Cintai Tumbuh-tumbuhan..

Nobita telah selamatkan Pokok kecil ini daripada mati dek hujan di kawasan pembuangan sampah di dalam hutan. Ya, manusia buang sampah dalam hutan.
Tapi, mak dia tak kasi Tanam pokok sebab rumah mereka kecil..
Maka, dengan bantuan Doraemon, Pokok kecil itu dijadikannya boleh berjalan tapi hanya mampu sebut 'Ki' sahaja. 'Ki' bermaksud Pokok.

Nobita pun menamakan dia Kibo.
Adik aku pun kecil2 dulu suka tanam pokok. (Okey aku tipu)
Adik aku sangat mencintai Tumbuh-tumbuhan sebab tu dia tak pernah tanam sebab takut pokok tu mati..
Anggap je itu Adik aku bersama Kibo wawawawa

Kemudian, adalah satu planet Tumbuh-tumbuhan ni marah dengan orang Bumi..
Sebab orang Bumi menghancurkan tumbuh-tumbuhan..
Tapi, Bukan semua kesalahan perlu dihukum,
kadang-kala ia perlu diberi peluang untuk menebus kesalahan itu dengan membaik pulih..
Disebabkan penduduk Planet Tumbuh-tumbuhan ni tak percaya Orang Bumi nak tebus kesalahan..
Mereka pun melancarkan Perang..
Apa terjadi seterusnya? Silalah beli VCD tengok sendiri
Oh ye,kalau korang selalu tengok cerita Doraemon Yang versi Negara Atas Awan tu..
Kalau korang perasan akhir sekali masa dalam dewan pengadilan negara Awan..
Doraemon dan rosak,tiba2 ada pokok besar masuk..Itulah Kibo, dah besar..

Makhluk coklat tu boleh bawa orang lain ke tempat lain
dengan guna Asap Kentut dia..mwahaha

Kesimpulan cerita ini ialah, Happy Birthday Adik Aku kerana sudah mencapai Usia Keayuan tetapi tetap setia dengan Doraemon mwahahah..
Rate Filem ini : 5/5 (Sebab Adik Aku Hardcore fan Doraemon)

Ini lagu dalam Filem, Dinyanyikan oleh AYaka


p/s: Lupa nak bagi cerita ni kat Abang aku..ala minggu ni ko balik lagi kan...

Monday, March 14, 2011

Here the story goes...

Ini adalah Kak Ros,

Kak Ros ialah kakak kepada Upin Ipin,
Hazimah Suka tengok Upin Ipin,
Sampai terbawa dalam mimpi..
'Saaaaayang Kak Ros'..

Begitulah al-kisahnya bagi menjawab pertanyaan Raino dan Raji

Hazimah suka tengok Kak Ros sebab Kak Ros suka bagi nasihat..
Kak Ros suruh Upin Ipin berdoa agar keadaan Jepun tidak bertambah teruk..
Dek letupan yang kedua berlaku di Soma pada hari ini...
Upin dan Ipin tanya pada Kak Ros..
"Kenapa Ultraman tak selamatkan mereka"..
Kak Ros jawab..

"Ultraman sentiasa ada...dalam jiwa orang Jepun. Sebab itu jiwa orang Jepun kental"

Ultraman always been in Japanese soul..
Ultraman never run away..
Japanese known as their strong will..they can stand again..
Remember, Japanese also have Doraemon..
Doraemon also in Japanese Brain..
Doraemon will help them to invent more after this cause...
The invention will help their economy back..
Japanese is as strong as Goku...
Apa sebenarnya kaitan antara Anime dan Jepun..
Aku dapat Ilham dari blog Hantu Penulis..

hohohoh broken english...
Hentam sajalah labu...
Pada masa yang sama risau dengan cuaca yang tak menentu..
Yang tiba-tiba berdentung bunyi guruh nih...
Dan menyebabkan internet aku tenat..
Agak menyirap..
kerja banyak...grrrrrrrrrr

p/s: Tajuk tak boleh bla...