Showing posts with label angah raja lawak. Show all posts
Showing posts with label angah raja lawak. Show all posts

Saturday, December 11, 2010

Hantu kak limah balik rumah

Malam semalam, kawan aku yang sememangnya semangat Filem Melayu ni..
ajaklah aku tengok cerita 'Hantu Kak Limah Balik rumah'..
aku tak tahulah kawan aku ni,
suka benor tengok wayang cerita hantu hari jumaat...
aku pun tak kisahlah..
(sebab dia bayar, thank u my sugarmummy n sugardaddy)

Aku fikir ada Awie, okey kot...
Pastu ada Angah raja lawak tuh, 
dan permulaan cerita tu je, semua orang dah bantai gelak..
Panggung memang penuh lah..
dipenuhi lagi dengan gelak tawa guling2 serta baby nangis
TAPI...

Kawan aku : wei, kelakar ke...
Aku : :( Takkkkkkkkk. kenapa dorang gelakkkkk...

Yang paling bestnya, budak2 perempuan yang duduk sebelah kitaorang ni,
Asyik gelak je, sikit2 gelak..
happy sungguh hidup dorang...senang bahgia...

Cerita ni tak adalah tak lawak langsung..
Adalah juga lawaknya..
Cuma janganlah kamu berfikiran Rasional ketika menonton cerita ni..
sebab cerita ni kartun, memang tak logik...
memang kartun...
kira okeylah

Oh ye, ada lagi satu aku Tak faham...
Kenapa Si emak bawa baby dalam 3 bulan atau anak2 umur 8/6 tahun pergi tengok wayang...
cerita hantu pada waktu malam pada hari jumaat????
Kenapa???
Kenapa mesti cerita hantu walaupun cerita lawak...
dan kenapa mesti waktu Malam????
kenapaaaaaaa....
(okey, ini tak ada kena mengena dengan wayang 'hantu kak limah balik rumah' ni)

p/s:aku ingatkan kalau tengok cerita hantu tak adalah dengar budak menangis...

Sunday, November 28, 2010

Ngangkung

Malam semalam pergi tengok Ngangkung...
sebenarnya cerita lain yang aku nak tengok,
cerita lain yang aku tengok kat wayang...
haish,nak buat macam mana, kawan aku semangat Filem Melayu
(aku nak tengok Harry Potter)

Barisan pelakonnya, Shaheizy Sam, Angah Raja Lawak, Mazlan, Eira Syazira, Azad ..
dan ramai lagi

Aku ingat kan cerita ni lawak2 bodoh yang aku tak layan tuh...
Tapi not bad lah, lawak pun memang lawak lah...
dan yang bagusnya, part seram, memang seram...
aku asyik terkejut je, sakit jantung okey..
Plot filem ni pun bagus...
Kisah orang yang suka berjudi, mintak nombor ekor kat hantu...
(hantu jenis apa2 pun boleh mintak)
Akhirnya kehilangan banyak benda..
hubungan keluarga pun boleh terjejas...
ada pengajaran lah cerita nih...
Tak berapa nak tekankan sangat pasal mantera serapah..
(jampi2 dia pun lawak)

Jadi, kalau korang bosan2 tuh tak tahu nak tengok Filem apa..
Selain filem Dua Alam, korang mesti dah tengok kan..
ha, lepas ni boleh lah tengok filem Ngangkung nih 

Trailer Filem Ngangkung