Sudah ramai anaknya mati,
dek kerana dirinya yang terlalu mentah,masih terlalu muda untuk menjaga anak,
jadi agak sukar untuk dia menjaga lebih 6 anaknya..
malah, dia sepatutnya menjilat tahi mata anaknya agar mata anaknya boleh dibuka...
hey, apa korang fikir huh,
ini kisah kucing okey...
Si keding ini bukan setakat menjaga anaknya sendiri, malah anak Si Kiki juga..
tapi kini hanya tinggal 2 ekor sahaja..
Si Cheetah dan Si Belang..
anak-anaknya tinggal di dalam sebuah sangkar..
di kawsan luar rumah..
Si Keding dan Kiki masing-masing menganggap 2 ekor itu anak sendiri..
walaupun yang menyusukan hanya Si Keding..
sebab Kiki ini asyik nak mengangkut anak je, menyusukan tidak..
Oleh kerana sudah menjadi lumrah,
kucing jantan akan memakan anak kucing,
maka, kedua-dua ibu ini sanggup tidak pergi ke mana-mana,
semata-mata untuk menjaga dua ekor anaknya ini..
setiap kali ada kucing jantan datang dekat sangkar tu,
huh apa lagi ibu-ibu ini akan menyerang kucing jantan ni,hey, jangan disangka kucing jantan itu kuat okey,
bila Si Ibu kucing bertindak nak pertahankan anak dia,
kucing jantan yang besar gagah macho tu pun lari bertempiaran, okeyyy..
tengoklah, tengah makan pun ibu-ibu ni (yang warna putih dan campur hitam oren putih tu), kepala masing-masing tertoleh, takut ada kucing yang mengancam anak mereka,masa tu ada kucing ni buat bunyi 'auuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu', aku pun tak paham apa maksudnya, korang paham ke?Tapi, walaupun kucing jantan tak dibenarkan mendekati anak mereka,
hanya seekor Jantan sahaja yang boleh berada dalam kawasan rumah aku tu,
nampak gambar di atas, kucing warna oren putih tuh? (oren namanya),
satu2 nya kucing jantan yang ada kat rumah aku sekarang..
sebab, Si Oren ni adik-beradik dengan Si Keding...
heehehehee....
Dua ekor anak kucing ni dah pandai main panjat2 sangkar macam ibu-ibunya..
sedangkan haiwan, sanggup buat apa sahaja demi anaknya...
berjaga siang malam, demi keselamatan anaknya...
bergaduh demi keselamatan anaknya...
p/s: kesian Bubu aku tuh, tak boleh makan dah kat rumah aku. semalam, dia datang aku bagi dia makan atas meja luar rumah aku tuh, sambil AKU kene jadi bodyguard. RENUNGAN mata Si Keding dan Si Oren tu, fuh, Si Keding siap menderam lagi. adeiii





