Kebahagiaan kita...
Sudah menjadi lumrah, kebahagiaan kita dipamerkan..
Tidak kira di Instagram mahupun Facebook...
Jika zaman dahulu, cara untuk pamerkan kebahagiaan kita...
"Assalammualaikum Cik Kiah oiii"
"Waalaikummussalam Cik Moon. Ada apa?"
"Ini aku nak bagitahu anak aku si Sudin tu baru balik dari bandar belikan aku beg ni haaaa"
"Wahh, beg apa cik Kiah?"
"Beg Kulit BUAYA!!!"
Tiada kegilaan mahu Like, Tiada rasa semak kepala nak tahu nama jenama terkenal dunia.
Tetapi itu dulu...
Sekarang lain. Zaman dulu orang dulu. Zaman sekarang orang sekarang.
Khabar angin
Asal tak ada sijil halal kau kata tak boleh makan...
Asal ada video kata makan jeli menandakan kau sokong ajaran agama lain..kau kata tak boleh makan.
Asal ada gambar tunjuk ada tanda salib pada makanan, kau kata tak boleh makan.
Kesimpulannya boleh makan ke tak? Kau jawablah sendiri.
Kalau dulu-dulu, mestilah mesyuarat di kedai kopi. Tempat segala penyebar khabar angin.
Sekarang? Whatsapp pun boleh~
Bila dah Kahwin
*Artikel mengenai Suami patut jaga hati Isteri supaya murah rezeki*
Sambil si isteri Tag nama suami..suruh baca.
*Artikel mengenai Isteri patut jaga makan Suami untuk kasih sayang berpanjang*
Sambil si suami Tag nama isteri..suruh baca.
Persoalan aku adalah, suami isteri ni duduk jauh-jauh ke sampai nak kena tag.
Itu belum masuk lagi artikel "Jangan Curang".Habis satu dunia tahu suami kau curang.
Biasalah perkara sekarang yang jadi lumrah dunia sekarang.
Kalau dulu...
"Oiiii cik kiahhhhh", sambil Mak Cik Moon bawa geng dia di depan rumah Cik Kiah.
"Ada apa Cik Moon oii? Bawak geng nampak", sambil Cik Kiah bercekak pinggang.
"Kau tahu tak aku nampak suami kau tu bukan main berpegang tangan dengan perempuan lain"
"Suami siapa Cik Moon oi?"
"Hish kau ni kan aku dah kata, Suami Kau!"
"Kalau gitu, yang Cik Moon nak marah-marah macam Suami Cik Moon pulak ni dah kenapa?"
Begitu....tapi itulah.....dulu itu dulu, jangan dibelenggu dengan kehidupan lalu supaya kita tidak ditakuk lama...tapi jika kehidupan sekarang seperti ini? Tepuk dada tanyalah selera anda.
Tidak semestinya orang lain buat, anda pun nak buat juga.
Tidak semestinya orang lain ada buat perkara itu, semua orang buat perkara itu.
Sebab, setiap orang lain-lain. Terimalah kelainan orang lain.
Oh ye ada satu lagi,
"Eh, ini anak dara si Mila tu kan?"
"Ye Mak Cik, apa khabar?"
"Eh Mak Cik sihat saja. Makin cantik Mak Cik tengok kamu ni ha. Eh apa nama kau, Makcik lupa"
"Lia, Mak cik", jawab Lia tersipu-sipu malu.
"Lia buat apa tu?", tanya Mak Cik walaupun sudah melihat Lia sedang membaca buku.
"Baca buku Mak Cik, untuk hilangkan bosan", jawab Lia sambil tersenyum. Makcik pun membalas senyuman itu.
Keadaan jadi senyap selepas itu.
"Kamu sekarang dah kahwin ke belum", tanya mak cik untuk meneruskan perbualan yang mati itu.
"sudah makcik". Mak cik menganggukkan kepalanya. Untuk beramah-mesra lagi, Mak Cik bertanyakan lagi soalan;
"dah ada anak?"
Jika dahulu persoalan-persoalan begini dianggap sebagai perbuatan beramah-mesra untuk mengeratkan silaturrahim lebih-lebih soalan seperti "sedang buat apa itu". Ia sekadar sapaan untuk memulakan atau meneruskan perbualan..
Sekarang? Kau janganlah tanya soalan-soalan macam tu. Kalau tak, keluarlah status kat Facebook.
"Kau buat apa tu Jeman?", tanya sudin kepada Jeman yang sedang baca buku.
"Aku tengah memasak ni, Sudin".
Dah terang-terang nampak aku buat apa, mahu tanya lagi.
"Kamu dah kahwin?"
"Dah ada anak?"
Wahai muslimin dan muslimah, jika anda terjumpa rakan lama, elakkanlah bertanyakan soalan-soalan begini. Terutamanya di majlis-malis.
Yang dulu tu, biarlah. Yang sekarang ni, hadapilah!